(SEMASA) RAIKAN KEMENANGAN BERSAMA CLOUD 9 GOLD SERBA BAHARU DAN RASAI ‘BAEK PUNYA FEELING’

Spread the love

JACK ‘n JILL Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp serba baharu adalah coklat yang mewah dengan lapisan kacang karamel ranggup yang menjanjikan pelanggan merasai pengalaman ‘Baek Punya Feeling’ yang dikenali ramai peminat Cloud 9. Kaya dengan rasa masin-manis yang unik, Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp adalah satu sajian coklat yang tidak harus dilepaskan. Rasai perbezaannya dan anda pasti hendak lagi.

Bersempena penawaran varian Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp di pasaran, JACK ‘n JILL Cloud 9 turut menyampaikan mesej penting bagi menangani cabaran semasa dalam kehidupan dan kesukaran yang dialami sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kini adalah masa yang sempurna untuk melangkah keluar dan meraikan kehidupan baharu. Salah satu pengajaran Covid-19 adalah betapa pentingnya untuk menghargai kehidupan dan keberkatan yang diberikan, sama ada kecil mahupun besar, dan meraikan kehidupan.

Sehubungan itu, Cloud 9 Gold menjemput anda untuk meraikan kemenangan-kemenangan kecil dalam hidup. Kita tidak seharusnya hanya meraikan pencapaian besar kerana setiap yang dikecapi, baik kecil mahupun besar, memberikan kepuasan dan membentuk diri kita serta memperkayakan lagi pengalaman hidup.

Setiap kita berbeza dan kemenangan kecil yang dirasai boleh terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz. Berikan ganjaran kepada diri anda apabila mencapai matlamat kecil dalam kehidupan: Sama ada anda berjaya mengemas peti masuk emel, lulus ujian memandu, berjaya mengajar haiwan peliharaan aksi baharu, menyediakan kek pertama anda, mencapai 10,000 langkah sehari, mempelajari bahasa baharu, menjalin semula hubungan yang terpisah lama, berjaya menghabiskan sebuah novel…dan sebagainya.

Suatu pencapaian tidak seharusnya diraikan seorang diri. Oleh itu, Cloud 9 Gold menganjurkan satu peraduan istimewa dari 1 hingga 30 Jun untuk meraikan kemenangan kecil anda secara besar-besaran! Pastikan anda berkongsi berita ini bersama rakan-rakan dan keluarga serta menarik mereka untuk turut serta. Tentunya lebih ramai, lebih meriah apabila kita semua dapat merasai ‘Baek Punya Feeling’ bersama-sama.

Di bawah adalah cara bagaimana anda boleh menerima ganjaran apabila meraikan kemenangan kecil kehidupan bersama Cloud 9 Gold:

  1. Muat turun filter #Baekpunyafeeling daripada IG story Cloud 9
  2. Gunakan filter TikTok dan menari bersama. Pastikan anda menampilkan gaya paling kreatif.
  3. Kongsikannya di platform TikTok anda dan masukkan tanda pagar (hashtag) #Baekpunyafeeling #Cloud9MY.
  4. 10 video Tiktok dengan paling banyak likes akan menerima hadiah berupa 5 Cloud 9 Gold peribadi dengan nama anda tertera di bahagian lengan baju.

Sebagai tambahan, untuk meningkatkan lagi ‘Baek Punya Feeling’, akan turut disediakan kompilasi video ‘Cloud 9 Gold Kau Boleh’ untuk kesemua penyertaan yang diterima. Saksikan kemenangan kecil anda diiktiraf ke peringkat maksimum!

Ingat, tiada pencapaian yang tidak signifikan! Bersama-sama, mari kita raikan secara BESAR-BESARAN setiap kemenangan KECIL dan bergembira dengan merasai ‘Baek Punya Feeling’.

#BAEKPUNYAFEELING

#Cloud9Gold


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *