(SEMASA) RAIKAN KRISMAS TAHUN INI DENGAN MENGUNJUNGI “PASAR JERMAN” DI SUNWAY PYRAMID

Kuala Lumpur, 29 November 2019 –Fröhliche Weihnachten! Mulai 22 November hingga 29 Disember ini, para pembeli-belah di Sunway Pyramid akan disambut dengan pelbagai aktiviti dan tawaran beli-belah yang menarik! Tahun ini, Sunway Pyramid menyambut musim perayaan kali ini dengan Pasar Krismas Jerman.
Diilhamkan oleh Pasar Krismas Dresden, iaitu pasar Krismas yang tertua di Jerman, juga dikenali sebagai “Striezelmarkt”— kunjungi dataran pusat beli-belah ini dengan melalui gerbang pasar yang tradisional dan singgah ke Altmarkt Square, di mana pasar berkenaan terletak dan dikelilingi oleh bangunan Jerman serta dekor tradisional. Di tengah-tengah dataran ini, sebuah Piramid Krismas setinggi 36 kaki didirikan, ia mempamerkan ukiran arca-arca Jerman di setiap aras.

Sempena bulan yang meriah ini, setiap Pusat Beli-Belah Sunway (Sunway Malls) akan membuat sambutan dengan pasar Krismas yang unik berasal dari negara-negara di seluruh Eropah seperti Finland, Austria, Perancis dan Poland.

“Krismas merupakan waktu keramaian yang membawa kita bersama dalam sebuah suasana yang penuh dengan keceriaan dan kesyukuran. Tahun ini, kami berasa teruja untuk memperkenalkan Pasar Krismas Jerman dan kami mengunjurkan sekalung penghargaan kepada rakan-rakan kongsi kami dari Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) atas peranan mereka sebagai badan penasihat. Kami berharap komuniti kami dapat diserikan dengan kemeriahan pasar Krismas yang unik ini, diilhamkan oleh salah sebuah acara tumpuan dunia pada musim perayaan ini,” ujar HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks.

Untuk merealisasikan elemen-elemen Jerman yang sebenar di dataran pusat beli-belah ini, Pasar Krismas Jerman dilancarkan menerusi kolaborasi bersama Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman yang telah berkhidmat sebagai badan penasihat rasmi bagi acara berkenaan.

Sepanjang satu minggu mulai 29 November hingga 1 Disember, pembeli-belah dapat menikmati lebih banyak aktiviti keramaian dengan Krismas Jerman yang dibuka pada hujung minggu untuk semua! Nikmati juadah Jerman yang lazat, dapatkan hadiah perayaan dan sertai aktiviti-aktiviti Krismas yang menyeronokkan.

Pembeli-belah boleh melengkapkan e-pasport Krismas khas mereka menerusi lima aktiviti berbeza. Ia meliputi “Santa Ring Toss”, “Snowball Drop”, “Allianz Christmas Booth”, “Market Photo Booth” dan “The Great Christmas Pyramid”. Dengan melengkapkan sekurang-kurangnya tiga daripada lima aktiviti berkenaan akan melayakkan anda untuk menerima ganjaran, termasuk satu entri bagi peraduan cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

Pada hujung minggu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Santa Klaus yang akan menyerikan lagi musim perayaan ini pada jam 1 petang dan 3 petang. Pembeli-belah juga dapat mengamati salji rintik di dataran perayaan tersebut pada jam 1 petang, 3 petang, 5 petang dan 7 petang. Acara istimewa ini akan berlangsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad mulai 22 November hingga 25 Disember.

Anda ingin membuahkan lebih banyak kenangan istimewa dan membawa pulang bersama anda sebahagian daripada keunikan Krismas Jerman? Sertai bengkel-bengkel menarik yang akan turut dianjurkan di sini. Uji kemahiran anda di pelbagai bengkel Krismas yang dijadualkan setiap hujung minggu mulai 22 November hingga 29 Disember dan belajar cara untuk menghasilkan Bintang Jerman, Kereta Gelongsor Santa atau Binokular Santa sempena musim perayaan ini. Pra-pendaftaran perlu dibuat kerana setiap bengkel ini hanya boleh memuatkan sebanyak 30 individu untuk setiap sesi.

Bagi pengunjung yang ingin memanjakan diri sendiri atau insan kesayangan mereka, mereka juga boleh membeli hadiah daripada booth jualan seperti set hadiah penjagaan kulit atau kecantikan di The Body Shop, atau hargai insan kesayangan anda dengan membelikan mereka kopi sebagai hadiah musim perayaan di booth kolaborasi yang dijalinkan oleh Nescafe Dolce Gusto dan Starbucks.

Rakan-rakan kongsi Sunway Malls juga akan turut serta dengan booth mereka sendiri di ruang dataran berkenaan, antaranya ialah “Allianz Christmas Booth”, “Touch ‘n’ Go Redemption and Game Booth” serta “Citibank Acquisition Booth”.

Untuk menambah rencah kemeriahan, pembeli-belah yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM400 (RM300 bagi Pemegang Kad Kredit Citibank Visa) dalam dua resit dapat menebus Pembalut Hadiah Furoshiki Sunway Malls yang eksklusif. Amalkan gaya hidup lestari dengan menggunakannya sebagai alternatif bagi pembalut hadiah konvensional; bukan itu sahaja, pembalut berkenaan juga boleh digunakan semula untuk pelbagai acara yang lain!

Ketahui cara untuk menggunakan pembalut hadiah khas ini dengan melayari https://sunwaypyramid.com/scarf. Di samping itu, pembeli-belah yang membelanjakan RM800 (RM700 bagi Pemegang Kad Kredit Citibank Visa) dalam tiga resit dapat menebus Set Hadiah Krismas daripada The Body Shop.

Pembeli-belah di Sunway Pyramid juga dapat menghadiri acara-acara menyeronokkan yang bakal dianjurkan pada bulan Disember ini, ia meliputi sambutan “Mattel Christmas” serta aktiviti-aktiviti menarik bersama Ejen Ali!

Nantikan perkembangan lanjut daripada Sunway Pyramid di media sosial atau layari www.sunwaypyramid.com/GreatChristmasMarket / hubungi 03-7494 3100.

Ikuti perkembangan daripada Pusat Beli-Belah Sunway di platform media sosial yang berikut:
Facebook Sunway Pyramid – www.facebook.com/sunwaypyramid
Instagram – @Sunway_Pyramid
Aplikasi Mudah Alih – Sunway Pyramid di AppStore & PlayStore

Sunway Malls sedang bersiap untuk menjadi antara pemilik-operator pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dengan projek-projek sedia ada dan yang dirancang kini meliputi NLA yang berjumlah 7.7 juta kaki persegi, dan angka ini bakal ditingkatkan kepada NLA berjumlah 10.2 juta kaki persegi tidak lama lagi.

Pusat-pusat beli-belah tersebut ialah:-

Sunway Pyramid, Sunway City, Kuala Lumpur
Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
Sunway Big Box Retail Park, Sunway Iskandar, Johor
Sunway Giza Mall, Kota Damansara
Sunway Citrine Hub, Sunway Iskandar, Johor

###

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *