(SEMASA) RAIKAN RAYA KALI INI PENUH BERGAYA DENGAN RANGKAIAN FESYEN terbaru DARI ANAKKU

Print

Bersempena dengan sambutan Hari Raya tahun ini, jenama kanak-kanak popular, Anakku baru-baru ini memperkenalkan rangkaian terkini pakaian kanak-kanak berusia di bawah tiga jenama terlarisnya – Anakku, Anakku Signature dan Disney Baby – untuk bayi dan kanak-kanak berumur sehingga 4 tahun.

Penawaran terbaru ini membuktikan dan mengukuhkan lagi kedudukan Anakku sebagai salah satu jenama gaya hidup kontemporari Malaysia terkemuka untuk kanak-kanak berusia 8 tahun ke bawah.

“Kanak-kanak pasti teruja dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan, memandangkan rangkaian baru ini termasuklah pelbagai jenis kemeja, seluar, skirt dan baju, selain aksesori yang dihasilkan dalam reka bentuk dan warna yang mudah dipadankan dengan apa yang dipakai oleh ibu bapa mereka pada Hari Raya ini,” kata Jasmine Chew, Ketua Pegawai Eksekutif, Anakku Sdn. Bhd.

Rangkaian Anakku Signature khasnya, adalah hasil daripada pertandingan rekaan fesyen baru-baru ini yang dilangsungkan pada penghujung tahun lalu sempena sambutan ulang tahun Anakku yang ke-40 bersama pelajar-pelajar Malaysia Institute of Art (MIA), di mana pemenangnya meraih ganjaran kontrak bersama Anakku untuk mereka cipta rangkaian pakaian batik yang istimewa.

Selain itu, para pelanggan juga boleh menikmati promosi istimewa yang ditawarkan oleh Anakku sempena musim perayaan ini, di mana mereka layak membawa pulang beg keselamatan edisi terhad bernilai RM39.00, apabila mereka berbelanja RM150 ke atas dalam satu resit.

Print

Anakku bermula pada 1973 sebagai perniagaan sederhana yang diusahakan oleh keluarga. Hari ini selepas lebih40 tahun, ia digerakkan oleh pasukan pengurusan profesional yang mengendalikan sebanyak 473 cawangan, termasuk gedung membeli-belah utama di seluruh negara. Dibangunkan dengan kualiti premium dari asas yang teguh dan kukuh, keselamatan dan kebolehpercayaan, hari ini Anakku menawarkan kepada ibu bapa dan kanak-kanak dengan rangkaian luas produk bayi yang sesuai dengan gaya hidup aktif mereka.

“Pelanggan menjadi fokus dalam setiap produk yang kami hasilkan dan tawarkan. Kami berusaha gigih bagi memahami pelanggan, supaya kami dapat terus membangunkan produk yang memenuhi keperluan gaya hidup moden mereka. Dengan usaha ini, kami dapat mengekalkan ingatan dan kesetiaan mereka, selain memikat pelanggan baru bagi meningkatkan penguasaan pasaran,” tambah Chew.

Berharga antara RM29.90 – RM83.90, rangkaian Anakku dan Disney boleh didapati di semua cawangan Anakku, selain yang terdapat di gedung membeli-belah utama di seluruh negara, sementara rangkaian Anakku Signature, yang berharga antara RM39.90 – RM79.90 hanya tersedia di cawangan Anakku terpilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *