(SEMASA) RAWATAN TERKINI BAGI GANGGUAN MELASMA DAN PEMBENTUKAN BADAN YANG BERKESAN

Spread the love

picosure-demonstration_2Kuala Lumpur, 21 September 2016 – Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MarketsandMarkets (http://www.marketsandmarkets.com/)1, pertumbuhan pasaran perubatan estetik global adalah dianggarkan pada CAGR sebanyak 10.8% dari 2015 hingga 2020. Pasaran di kawasan Asia Pasifik dianggarkan mengalami pertumbuhan tertinggi iaitu pada CAGR sebanyak 12.6% dalam tempoh lima tahun akan datang.  

image004Di Malaysia, peningkatan kesedaran awam, ditambah pula dengan promosi pelancongan kesihatan dari pihak kerajaan serta pertambahan pengamal yang terlatih dan berkelayakan telah menyebabkan pertumbuhan pesat klinik estetik di negara ini, yang telah meningkat sebanyak tujuh kali ganda sepanjang dekad yang lalu. Pusat-pusat ini tidak hanya tertumpu di Lembah Klang, tetapi juga di Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak, yang membuktikan kepopularannya.

Dengan kemajuan teknologi dalam pasaran estetik, pengguna semakin berminat dengan profil keselamatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh prosedur pilihan mereka. Prosedur estetik yang tidak invasif kini menjadi trend pilihan utama yang menyebabkan perkembangan alat berasaskan tenaga dalam industri ini. Berdasarkan laporan yang sama dari MarketsandMarkets1, kemajuan teknologi alat berasaskan tenaga merupakan salah satu pemacu pertumbuhan pasaran perubatan estetik global. Sebahagian besar daripada rawatan ini adalah lebih kos efektif berbanding prosedur pembedahan konvensional. Oleh itu, populariti rawatan berasaskan laser akan meningkatkan lagi penggunaan prosedur laser di pasaran, yang akan mendorong pertumbuhan pasaran secara keseluruhan.

Alat laser konvensional bergantung terutamanya kepada kecederaan yang berasaskan terma atau haba pada kulit untuk menangani masalah estetik dan mencapai kesan yang diingini. Rawatan kulit secara laser ini sering dikaitkan dengan tempoh pemulihan yang kurang menyenangkan dan menyakitkan yang juga melibatkan eritema dan kemerahan kulit. Walau bagaimanapun, alat laser kini telah berkembang maju. Daripada lebar denyut mikrosaat, nanosaat kepada pikosaat, teknologi laser pikosaat PicoSure® baharu kurang bergantung kepada kesan haba; sebaliknya merangsang kesan fotomekanik pada kulit bagi pemulihan kulit yang menyeluruh. PicoSure® dengan jarak gelombang 755nm yang unik, digandingkan dengan Focus™ Lens Array adalah satu-satunya sistem pikosaat yang disesuaikan untuk mencerahkan dan memutihkan pigmentasi serta meningkatkan kolagen dan elastin. PicoSure® merupakan satu-satunya sistem yang dapat membantu pesakit untuk mencapai keremajaan kulit tanpa tempoh pemulihan yang signifikan atau ketidakselesaan. Lebih daripada 12 kajian klinikal hasil kajian semula setara menyokong bidang tersebut, kesan ke atas pesakit dan momentum komersial bagi teknologi platform PicoSure®. Tambahan pula, kesannya adalah lebih ringan, dengan kerosakan terma yang kurang ketara, risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan pigmentasi selepas radang, dan tempoh pemulihan yang diperlukan adalah lebih singkat. US FDA juga telah meluluskan penggunaan laser pikosaat PicoSure® untuk merawat tatu, luka berpigmen, parut jerawat, dan kedutan.

Melasma merupakan masalah kulit yang biasanya dialami oleh wanita Asia yang umumnya berkulit lebih gelap. Pembentukan melasma selalunya terjadi berulang-ulang sepanjang pertengahan usia dan menopaus. Rawatan laser Picosecond dapat membantu menangani melasma dengan berkesan dan mengurangkan pigmentasi. Dalam Forum Cynosure APAC yang diadakan di Bangkok pada Jun yang lalu, para pengamal estetik profesional telah berkongsi inovasi berasaskan tenaga. Dr. Carl Cheng dari Taiwan telah berkongsi konsep “Picotuning” baharu sebagai rawatan yang berkesan bagi melasma. Idea yang menggerakkan Picotuning ialah penalaan halus protokol rawatan pikosaat untuk disesuaikan dengan keadaan kulit pesakit. Tidak seperti rawatan laser untuk kulit yang konvensional bagi bintik-bintik penuaan dan pigmentasi, Picotuning merupakan pendekatan yang lebih berkesan dan fleksibel. Kombinasi rawatan PicoSure® dan Focus membolehkan pakar perubatan menyesuaikan rawatan dengan pesakit dan keputusan yang terbaik dapat dicapai dengan hanya beberapa kali rawatan. Picotuning dapat mengurangkan risiko kesan sampingan seperti hiper- atau hipo pigmentasi dan ia merangsang proses peremajaan kulit dengan tempoh pemulihan yang minimal. PicoSure® terus membantu penyedia rawatan di kawasan Asia Pasifik untuk memenuhi harapan dan melangkaui jangkaan dan kehendak estetik pesakit.

sculpsure-demonstration_1Pembentukan badan merupakan satu lagi amalan klinikal teknologi laser terkini yang telah dikongsikan di Forum Cynosure APAC. Oleh kerana obesiti telah meningkat ke tahap yang membimbangkan di seluruh dunia, permintaan terhadap rawatan pembentukan badan dijangka mengalami pertumbuhan sebanyak 15.4% setahun sepanjang tahun 2019 dalam pasaran estetik global2. Senaman adalah jalan penyelesaian yang diterima umum untuk mengurangkan obesiti, namun kadang kala ia bukanlah cara yang paling berkesan untuk menyasarkan lemak yang degil di bahagian bawah perut, pinggang, peha dan pinggul. Obesiti di bahagian badan tertentu sering dialami oleh orang Asia berbanding dengan orang Barat, oleh itu rawatan pembentukan badan yang menyasarkan bahagian badan tertentu telah menjadi trend di pasaran Asia. FDA telah meluluskan rawatan terkini pembentukan badan secara laser. Aplikator laser yang terkini adalah jauh lebih kecil dan lebih diperhalusi untuk membolehkan pembentukan bahagian badan tertentu sebagaimana yang dikehendaki oleh orang Asia. Kemajuan teknologi juga dapat dilihat dari segi tempoh rawatan yang lebih singkat. Laser pembentukan badan terkini, SculpSure®, hanya memerlukan 25 minit untuk hasil rawatan yang yang cepat dan berkesan. Selepas menjalani percubaan, lebih 90% pengguna memberikan maklum balas yang positif3.

 “Kami telah menyaksikan pertambahan dari segi permintaan bagi laser estetik di Asia dan Malaysia. Cynosure, pengeluar utama alat laser estetik, komited untuk menyediakan kemudahan sumber untuk pakar perubatan di sini, untuk memberikan penyelesaian dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Selepas meraikan ulang tahun yang ke-25 pada tahun ini sebagai jenama terkemuka dalam industri, kami akan terus mengasaskan segalanya kepada sains, untuk mengembangkan jenis produk, untuk memenuhi keperluan yang timbul,” kata Encik Bruce Byers, Naib Presiden APAC Sales Cynosure.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.cynosure.com/connect-and-learn/contact-us/ dan isikan borang perhubungan supaya wakil Cynosure dapat menghubungi anda secara langsung.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *