(SEMASA) SAJIAN MENU ENAK SF COFFEE MEnggamit suasaNA PERAYAAN

SF Coffee menyediakan menu perayaan enak sehingga hujung tahun ini di kesemua 38 buah outletnya di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sajian bertemakan “In The Mood For Celebration” ini merupakan menu perayaan SF Coffee yang menampilkan cita rasa yang sesuai dengan perayaan seperti butterscotch, ayam Belanda dan kranberi.

Barista di SF Coffee juga menampilkan rangkaian minuman istimewa iaitu Butterscotch Macchiato sebagai hidangan perayaan minuman Macchiato Latte yang dicampur dengan Butterscotch, lengkap dengan sos karamel penuh berkrim.

Dengan harga bermula antara RM13 hingga RM16.50, minuman ini dihidangkan panas, sejuk juga dalam bentuk Frisco Frappé, eksklusif dari SF Coffee.

Butterscotch Macchiato amat sedap apatah lagi jika digandingkan dengan juadah Creamy Turkey Pasta baru yang menampilkan pasta penne, daging ayam Belanda, cendawan butang serta tomato ceri dalam sos krim seenak rasa, ditaburi cebisan ayam rangup, keju Parmesan dan daun parsli, bagi membawakan juadah perayaan yang lazat lagi menyelerakan.

Satu lagi hidangan perayaan yang sememangnya memikat rasa ialah Merry Turkey Focaccia mengandungi gulungan isi ayam Belanda serta keju cheddar semula jadi yang ditaburkan di atas lapisan salad dan tomato dengan sapuan sos kranberi yang melengkapi sentuhan suasana percutian kali ini. Kedua-dua pasta dan sandwic ini boleh dinikmati dengan harga RM18.90 setiap satu.

“Di SF Coffee, akhir tahun adalah merupakan waktu yang istimewa, maka sebab itu kami menjadikan outlet kami sebagai tempat yang lebih istimewa untuk pelanggan kami beramah-mesra serta bertukar-tukar hadiah sambil menikmati kopi istimewa. Kami juga memastikan mood yang sesuai untuk sambutan musim perayaan ini dengan menjadikan suasana lebih meriah dan menarik,” kata Koo Sue San, Pengurus Besar San Francisco Coffee.

Bagi yang mencari hadiah istimewa untuk penggemar kopi, mereka boleh memilih mana-mana biji kopi segar di dalam beg 100g bernilai RM12.75 secara percuma dengan setiap pembelian bekas minuman SF Coffee Graffiti, yang dijual pada harga RM75.90.

Untuk butiran lanjut mengenai promo perayaan dan menu, para pelanggan boleh melayari laman Instagram dan Facebook SF Coffee atau laman web SF Coffee di www.sfcoffee.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *