(SEMASA) Sejarah Tercipta “Kek Buah Terpanjang” di Malaysia oleh LULU Hypermarket & Department Store

16 September 2017 : Lulu Group Retail Sdn Bhd adalah rangkaian Pasar Raya Besar yang telah beroperasi sejak 2000. Encik. MA Yousuf Ali ialah pengasas dan Pengarah Urusan kumpulan yang beribu pejabat di Abu Dhabi. Lulu Group Retail International mempunyal lebih daripada 39,000 pekerja dari pelbagai Negara.

Lulu Hypermarket and Department Store yang pertama di Malaysia telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia “Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak” pada 25 Jun 2016 beralamat di Capital Square, Lot 159, Persiaran Cap Square, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Malaysia 2017 adalah begitu istimewa bagi Lulu Hypermarket & Department Store kerana inilah peluang yang baik untuk pihak LULU Hypermarket meraikannya bersama-sama seluruh rakyat Malaysia amnya serta warga ibukota secara khususnya. Pelbagal aktiviti menarik serta promosi telah dirancang untuk orang ramai bagi memeriahkan sambutan hari yang bermakna ini. Kemuncak acara pada hari tersebut ialah penyediaan “Kek Buah Terpanjang Di Malaysia (sepanjang 120 meter) di mana pihak LULU Hypermarket cuba untuk mencatat rekod baru di dalam “Malaysia Book of Records” bagi kategori ini. Rekod semasa dipegang oleh Colmar Tropicale, Berjaya Hills dengan ukuran 90 meter panjang dan ketebalan 8sm yang dilakukan pada 2014.

Objektif

  • Untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2017
  • Untuk meningkatkan imej Lulu di kalangan rakyat Malaysia.
  • Sebahagian aktiviti CSR Lulu di mana kesemua hasil jualan kek ini akan didermakan kepada Rumah Amal Cheshire Selangor.

.

Maklumat lanjut berkenaan rekod ini:

Percubaan rekod : Kek Buah Terpanjang di Malaysia

Tarikh acara :  16 September 2017 (Sabtu)

Lokasi : Tingkat Bawah, Lulu Hypermarket & Department Store Sdn Bhd, Lot 159, Persiaran CapSquare, Jalan Munshi Abdullah, Kuala

Lumpur

Saiz kek : 120 Meter

Lebar kek : 50sm

Ketebalan : 15sm

Berat: 1600kg hingga 1800kg (anggaran)

Nama Chef : Mr. Shajl P R Nair (Ketua Chef) dan 7 orang Chef

Bahan-bahan:

Kek Span Mix Vanilla, Putih Telur, Minyak Bunga Matahari, Gula Putih, Whipping Cream, Buah-buhan Segar (Mangga, Nanas, Epal, Ceri, Anggur, Kiwi dan Strawberi), Buah-buahan Koktail dalam Tin, Pewarna (Leaf Green, Rose Pink & Lemon Yellow) percubaan ini. Selepas diukur dan disahkan oleh pegawai dari Malaysia Book of Records, kek ini akan dijual kepada orang ramai di mana kesemua hasil jualan akan didermakan ke Rumah Cheshire Selangor sebagai sebahagian dari projek CSR Lulu Hypermarket.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *