(SEMASA) Serlahkan Keanggunanmu bersama Mary Chia Malaysia

Spread the love

Natasha Hudson1

Mary Chia yang telah bertapak di Malaysia selama lebih 5 tahun dan mempunyai 32 tahun pengalaman dalam bidang kecantikan, pelangsingan badan dan spa sejak ditubuhkan di Singapura. Setakat ini Mary Chia telah pun mempunyai 4 cawangan di sekitar Lembah Kelang iaitu di Sunway Pyramid, One Utama, Tropicana City Mall, Midvalley dan juga 2 cawangan di Johor Bahru di Sutera Mall dan Plaza Pelangi. Mereka berhasrat untuk menembusi pasaran penjagaan badan, kecantikan dan pelangsingan badan di Malaysia dengan lebih jitu lagi dengan memperkenalkan kempen ‘Serlahkan Keanggunanmu bersama Mary Chia’ yang menampilkan pelakon jelita dan terkenal tanahair, Natasha Hudson, selaku duta kempen promosi tersebut.

Kempen ini direka khusus untuk para wanita Melayu yang bekerjaya dan yang mementingkan keterampilan yang ingin sentiasa tampak anggun dan sihat. Mary Chia kini menawarkan ‘Serlahkan Keanggunanmu’ yang menggunakan teknologi terkini menerusi teknologi 360° Complete Transformation.

 

Kini anda boleh memperolehi wajah, badan dan keyakinan diri yang lebih hebat dengan pakar kecantikan dan pelangsingan badan Mary Chia kerana program insentif pelangsingan badan terkini dengan penggunaan teknologi pelangsingan terkini dan moden membolehkan mereka menikmati penjagaan yang dirumus khas untuk mereka. Anda juga boleh melihat hasil selepas sesi yang pertama dan ini membolehkan anda tampil lebih anggun, bergaya dan menarik.

  

Dengan hanya RM68 untuk 2 sesi rawatan badan, ia merupakan satu harga yang cukup berbaloi dan kompetitif dipasaran berbanding yang lain.

Mary Chia berharap rangka kempen promosi ‘Serlahkan Keanggunanmu’  membuka satu peluang kepada para wanita yang sentiasa menginginkan rawatan yang terbaik, khusus, menggunakan teknologi tercanggih dengan tawaran harga yang amat berpatutan dan berbaloi. Mereka mensasarkan sambutan yang amat menggalakkan berdasarkan kepada harga pakej dan jenis teknologi dan kepakaran rawatan yang di lakukan dan menjangkakan peningkatan dalam permintaan sempena persediaan wanita bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini disepanjang bulan Ramadhan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 – 2282 6601 atau layari web kami di http://bit.ly/siaranmedia  serta ikuti kami di Instagram http://bit.ly/marychiains

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *