(SEMASA)  SESSI WALKABOUT KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA KEMPEN OHMYDIN! THE BRAND FESTIVAL 2020

Bagi menangani impak pelaksanaan pkp yang menyebabkan kemerosotan kepada sektor peruncitan dalam negara, kementerian telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan sektor ini kembali berdaya saing dan mampu mengekalkan sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Kementerian terus menggerakkan inisiatif kempen beli barangan malaysia yang berpotensi untuk merancakkan sektor peruncitan di samping mengembalikan permintaan pasaran dalam Negara dan sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-63, rangkaian pemborong dan peruncit halal terkemuka Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) menganjurkan kempen OHMYDIN! The Brand Festival bermula dari 20 Ogos sehingga 1 November 2020.

Bertempat di Mydin Subang, MYDIN mengalukan kehadiran YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ke MYDIN  bagi merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia Kempen Ohmydin! The Brand Festival 2020.

Kempen itu tidak dianjurkan sendirian sebaliknya turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan disokong oleh lebih 100 jenama produk terkemuka termasuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *