(SEMASA) SIMBOL KERAHMATAN DIRAIKAN SEMPENA TAHUN BAHARU CINA DI RANGKAIAN PUSAT BELI-BELAH SUNWAY

Kuala Lumpur, 2 Januari 2020 – Sempena Tahun Baharu Cina ini, amati rahmat kelimpahan rezeki, kebahagiaan, kekayaan dan tuah di Sunway Malls menerusi pelbagai perhentian yang didirikan untuk mengalu-alukan kemurnian musim perayaan ini.

Setiap pusat beli-belah akan meraikan aspek sambutan Tahun Baharu Cina yang berlainan, membariskan pelbagai elemen tradisional seperti emas (melambangkan Kekayaan), beras (melambangkan Kelimpahan Rezeki), labu botol atau húlu (melambangkan Tuah) dan bebola beras pulut atau tang yuan (melambangkan Kebahagiaan).

“Di Sunway Malls, kami teruja untuk meraikan Tahun Baharu Cina 2020 yang bakal membuka tirai dasawarsa yang makmur dan harmoni untuk semua. Tahun ini, kami meraikan elemen-elemen tradisional tersendiri yang dekat di hati seperti simbol tuah, kekayaan, kebahagiaan, dan kemakmuran sempena tahun baharu ini. Tradisi ini melambangkan kemurnian dan limpahan keberkatan yang ingin dikongsikan oleh kami semua di Sunway Malls buat komuniti kami sama ada yang dekat mahupun jauh, dan berhimpun bersama dengan semangat perayaan tahun baharu,” ujar HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks.

Pelancaran sambutan Tahun Baharu Cina ini dirasmikan oleh HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks; Kevin Tan, Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls; KS Wong, Pengurus Besar Kanan Sunway Malls; Eric Tee, Pengurus Besar Pemajakan, Sunway Pyramid; Phang Sau Lian, Pengurus Besar Sunway Velocity Mall; Danny Lee, Pengurus Besar Sunway Putra Mall; Chai Wen Yew, Pengurus Besar Sunway Carnival Mall; Albert Cheok, Pembantu Pengurus Besar Sunway Giza Mall; dan Allan Tay, Pembantu Pengurus Besar Sunway Citrine Hub serta Sunway Big Box Retail Park.

Untuk merangkap pelancaran rasmi ini, wakil-wakil berkenaan telah menarik sehelai kain merah khas untuk merungkaikan plat nama setiap satu Pusat Beli-Belah Sunway, disusuli dengan penurunan belon emas berserta persembahan dram Cina tradisional. Perayaan tersebut disinambungkan dengan pelbagai aktiviti yang melambangkan unsur-unsur Cina tradisional yang unik seperti sesi merasa snek, kaligrafi Cina dan banyak lagi.

PERHENTIAN KERAHMATAN DI RANGKAIAN PUSAT BELI-BELAH SUNWAY

Perhentian Kekayaan di Sunway Pyramid

Sinonim dengan warna diraja, Sunway Pyramid mengenakan tema emas bergemerlapan dengan Perhentian Kekayaan (Bank of Fortune) untuk mengalu-alukan unsur kemakmuran, ia akan diberi nafas mulai 27 Disember 2019 hingga 9 Februari 2020. Ketika sambutan tahun baharu, emas lazimnya dihadiahkan kepada insan tersayang, ia melambangkan keberkatan dalam bentuk kekayaan dan tuah.

Dapatkan barangan keperluan Tahun Baharu Cina anda di lebih 1,000 outlet dan amati perjalanan bersejarah perbankan Cina tradisional, dikenali sebagai “Journey of Prosperity”, untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah. Para pembeli-belah yang membelanjakan RM3,000 dalam 3 resit boleh menyertai permainan “Golden Rush” untuk berpeluang memenangi syiling emas oleh SK Jewellery.

Bukan itu sahaja, peminat tarian singa dapat menikmati persembahan yang akan disajikan pada setiap hujung minggu, jam 3 petang. Pembeli-belah juga boleh mengunjungi pelbagai booth termasuk Touch ‘n’ Go e-Wallet Booth, Nescafé Gold, Kiehl’s, kaligrafi tradisional, pakaian tradisional dan banyak lagi. Pembeli-belah yang membelanjakan RM300 dalam 2 resit (RM200 bagi pemegang Kad Kredit Visa Citi) boleh menebus Ang Pow “All-Season Prosperity”, manakala pembeli-belah yang membelanjakan RM1,000 dalam 3 resit (RM900 bagi pemegang Kad Kredit Visa Citi) boleh menebus Set Teko Teh ‘Fortune’, sementara stok masih ada.

Perhentian Kelimpahan Rezeki di Sunway Velocity Mall

Tahun Tikus disambut menerusi Perhentian Kelimpahan Rezeki (Bank of Abundance) di Sunway Velocity Mall mulai 31 Disember 2019 hingga 9 Februari 2020, di mana Atrium Utama, Aras G diubah menjadi perkarangan kampung kecil yang diilhamkan oleh Sekinchan, iaitu pengeluar beras utama di Malaysia. Dikelilingi oleh hasil tuaian yang melimpah serta sawah padi yang sergam, sawah ini melambangkan rahmat kelimpahan rezeki tahun baharu.

Buat persiapan untuk Tahun Baharu Cina dengan mengunjungi mana-mana 400 lebih outlet yang tersedia dan manjakan diri anda sempena musim perayaan ini menerusi pelbagai tebusan ganjaran yang eksklusif. Dapatkan sagu hati apabila anda bersua dengan Dewa Kemakmuran yang akan bersiar di sekitar perkarangan tersebut, dan amati keterujaan persembahan tarian singa, seni dan kraf, serta aktiviti-aktiviti lain. Jangan lupa untuk mencuba nasib anda dalam Peraduan Memakan Nasi, dan kongsikan hajat anda sempena tahun baharu ini di “Wishing Tree” untuk permulaan tahun baharu yang baik!

Untuk menunjukkan penghargaan kepada para pembeli-belah, pusat beli-belah tersebut sedang menawarkan ganjaran 3 peringkat yang bermula dengan perbelanjaan sebanyak RM300 dalam maksimum 2 resit (RM200 bagi pemegang Kad Kredit HSBC), di mana pembeli-belah boleh menebus 2 set Paket Ang Pow “All Season Prosperity”. Pembeli-belah yang membelanjakan RM800 dalam maksimum 4 resit (RM700 bagi pemegang Kad Kredit HSBC) layak untuk menebus Set Mangkuk Nasi “Abundance” yang eksklusif. Pengunjung yang membelanjakan RM3,800 dalam maksimum 6 resit (RM3,700 bagi pemegang Kad Kredit HSBC) layak untuk menebus Beg Bagasi Cosas United 28”!

Perhentian Kebahagiaan di Sunway Putra Mall

Di Sunway Putra Mall, dataran utama pusat beli-belah ini akan dihiasi dengan “Tang Yuan” yang menawan, juga dikenali sebagai bebola beras pulut, ia selari dengan tema Perhentian Kebahagiaan (Bank of Happiness) yang bakal dianjurkan mulai 30 Disember 2019 hingga 9 Februari 2020. “Tang Yuan” digunakan untuk menyebarkan bibit kebahagiaan dek rasa manisnya dan secara tradisionalnya dihidangkan ketika Tahun Baharu Cina atau perayaan yang lain bersama insan-insan tersayang.

Serikan laman Instagram anda dengan mengunjungi “Bowl of Joy”, iaitu sebuah perkarangan mesra “insta” yang membolehkan anda duduk di dalam mangkuk gergasi yang diisi dengan “Tang Yuan”. Dapatkan keperluan Tahun Baharu Cina anda di Festive Bazaar di mana pelbagai tawaran perayaan disajikan seperti snek, hamper, gula-gula kapas cina, bunga segar, dan banyak lagi. Selain itu, nikmati tawaran “Huat” serendah RM8 di outlet-outlet terpilih. Tambah rencah dalam sesi membeli-belah anda dengan mengamati persembahan Tarian Singa, penampilan Dewa Kemakmuran, bengkel Seni & Kraf, Peraduan Kaligrafi, Pertunjukan Bakat, Peraduan Mewarna dan Pertandingan Nyanyian Kanak-Kanak.

Untuk menyemarakkan lagi semangat kemeriahan, pembeli-belah yang membelanjakan RM200 (RM100 bagi pemegang Kad Kredit HSBC & Sunway Pals) dalam 3 resit* dapat menebus satu set Ang Pow “All Season Prosperity”, pembeli-belah yang membelanjakan RM350 (RM250 bagi pemegang Kad Kredit HSBC & Sunway Pals) dalam 3 resit* boleh menebus Tabung “Happiness” dan akhir sekali, pembeli-belah yang membelanjakan RM2,000 (RM1,800 bagi pemegang Kad Kredit HSBC & Sunway Pals) dalam 5 resit* dapat menebus Loket Emas Poh Kong.

Perhentian Tuah di Sunway Carnival Mall

Di Sunway Carnival Mall, tanglung merah dan Calabash atau Botol Labu yang tersendiri, juga dikenali sebagai húlu dalam bahasa Cina, menjadi tema utama Perhentian Tuah (Bank of Luck) pusat beli-belah ini yang akan menyerikan dataran utamanya mulai 3 Januari hingga 2 Februari 2020. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, húlu melambangkan tuah, perlindungan serta umur panjang dan lazimnya individu akan membawanya bersama dalam beg atau diletakkan di dalam rumah untuk membawa tuah.

Suasana perayaan terus diserikan dengan pelbagai acara menarik yang akan dianjurkan sepanjang kempen berkenaan seperti persembahan tarian singa yang unik, bengkel seni lukisan, penampilan Dewa Kemakmuran, tilikan nasib, penghadiahan kaligrafi pembawa tuah dan sebagainya. Mulakan sambutan perayaan anda dengan pelbagai jenis keperluan yang disediakan di bawah dan atas Aras G pusat beli-belah berkenaan seperti makanan laut kering dan sejuk beku, kuih-muih, hamper dan banyak lagi.

Sunway Carnival Mall juga akan menghadiahkan pembeli-belah Ang Pow “All-Season Prosperity” yang eksklusif apabila mereka membelanjakan lebih daripada RM288 (RM188 bagi pemegang Kad Kredit HSBC) dalam 2 resit dan “Lucky Pouch” apabila mereka membelanjakan lebih daripada RM388 (RM288 bagi pemegang Kad Kredit HSBC) dalam 2 resit.

Perhentian Kekayaan di Sunway Giza

Di Centre Boulevard, Sunway Giza, pembeli-belah boleh mengambil gambar di perkarangan dewan bandar tradisional mulai 3 Januari hingga 9 Februari 2020, ia membariskan kepingan syiling emas besar, jongkong emas dan pokok ceri mekar yang melambangkan permulaan tahun baharu diisi dengan kemakmuran. Nikmati persembahan Tarian Singa pada hari hujung minggu yang tertentu dan dapatkan keperluan anda di bazar Tahun Baharu Cina di sekitar perkarangan berkenaan.

Perhentian Kekayaan di Sunway Big Box Retail Park & Sunway Citrine Hub

Amati Perhentian Kekayaan (Bank of Fortune) di Sunway Big Box Retail Park dan Sunway Citrine Hub. Ambil gambar bersama dekor bunga-bungaan dan syiling perayaan emas yang bertemakan Tahun Baharu Cina, sertai bengkel-bengkel istimewa yang menyeronokkan, serta bertemu dengan Dewa Kemakmuran untuk mendapatkan rahmat pada tahun baharu ini!

Kunjungi Sunway Big Box Retail Park pada setiap hujung minggu mulai 4 Januari hingga 2 Februari 2020 untuk menyaksikan Persembahan Tarian Singa Akrobatik atau sertai Empat Cabaran Unik untuk menangkap ‘Nian’ (binatang legenda) di Sunway Citrine Hub pada 18 dan 19 Januari.

Belanjakan RM88 untuk menebus Ang Pow “Sunway Malls All-Season Prosperity” atau RM388 untuk set “Fortune Bowls” di Sunway Big Box Retail Park dan Sunway Citrine Hub. Nantikan perkembangan lanjut daripada platform-platform media sosial Sunway Malls berkenaan dengan perayaan Tahun Baharu Cina, pelbagai jenis aktiviti, tawaran dan banyak lagi.

Kami dari Sunway Malls ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2020!

Sunway Malls sedang membuat persiapan untuk menjadi antara pemilik-operator pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dengan projek-projek sedia ada dan yang dirancang kini meliputi NLA berjumlah 7.7 juta kaki persegi, dan angka ini bakal ditingkatkan kepada NLA berjumlah 10.2 juta kaki persegi tidak lama lagi.


Sunway Pyramid, Sunway City, Kuala Lumpur
Pusat-pusat beli-belah tersebut ialah:-

Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur

Sunway Big Box Retail Park, Sunway Iskandar, Johor

Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang

Sunway Citrine, Sunway Iskandar, Johor

Sunway Giza Mall, Kota Damansara

###

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *