(HIBURAN) Sinar FM Perkenal Pengemudi Baru Segmen

SinarFM key visual R4-print ad-OL

KUALA LUMPUR, 30 November 2015, Isnin – Awal tahun ini, Sinar FM telah melaksanakan pembaharuan jenama dari sudut hala tuju stesen. Terkini, stesen ini mementingkan aspek hiburan yang lebih segar dan menyampaikan informasi mengenai perkembangan semasa kepada pendengarnya.
Selaras dengan pembaharuan jenama dan slogan terkini ‘Menyinari Hidupmu’ yang dilaksanakan oleh Sinar FM, pelbagai transformasi turut dilakukan. Tanggal 30 November 2015, secara rasminya Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM terbaharu diperkenalkan iaitu ‘Sepahtu Sinar’ yang dikendalikan oleh tiga pelawak terkenal negara Jep, Shuib dan Rahim.

Sebagai segmen yang menjadi tunjang utama di Sinar FM, tiga penyampai baharu ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi. Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM, Rasidah Khasim, “Pihak Sinar FM mengambil inisiatif baharu ini selaras dengan peredaran dan penjenamaan stesen Sinar FM.Kami percaya bahawa dengan adanya darah baru seperti Sepahtu (Jep, Shuib dan Rahim) ini , dapat menarik lebih ramai pedengar baru untuk melayan karenah pengemudi

Rancangan Sarapan Pagi terkini iaitu Sepahtu Sinar.” “Pedengar juga masih boleh terus meluangkan masa bersama penyampai Sinar FM yang lain seperti segmen Sembang Sinar bersama Abby Fana jam 10 pagi hingga 2 petang, segmen Sinar Malam bersama Jamal Jamaluddin jam 8 hingga 12 malam” , tambah beliau.

Apa lagi yang terbaru di Sinar FM?

Sinar FM bukan saja mengumumkan penyampai radio baru bagi Rancangan Sarapan Pagi SinarFM, malah bermula 4 Januari 2016 nanti, Sinar FM juga bakal membuat satu lagi pembaharuan bagi segmen petang Santai Sinar degan menggandingkan Feeya Iskandar dan Salih Yaccob. Peminat bolehlah luangkan masa untuk melayan celoteh kedua-dua penyampai radio yang sememangnya akan menyinari hidup anda.

Personaliti ‘Sepahtu Sinar’

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin (Sepahtu) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara.Tanggal 30 November 2015, secara rasminya beliau memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Sinar FM di slot Sarapan Pagi terbaru, Sepahtu Sinar. Jep juga adalah pemenang bagi sebuah rancangan lawak Super Spontan 2013 pernah dinobatkan beberapa anugerah berprestij seperti Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Anugerah Lawak Warna pada tahun 2013, Bintang TV dan Filem MeleTOP di Anugerah MeleTOP ERA 2014, Artis Komedi Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH) dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga aktif dalam program seperti Karoot Komedia X, Buletin Cinta, Betul Ke Bohong, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan.Seorang yang meminati suka bola sepak, Jep juga pernah mengacara program Skool Of Lawak bersama Johan yang bersiaran di Astro Warna.

Shuib sebagai nama panggilannya. Beliau merupakan bekas ahli Kumpulan Sepah yang telah menjadi Juara program realiti Raja Lawak Musim 3 pada tahun 2009 dan dan juga Maharaja Lawak pada tahun 2012. Setelah Kumpulan Sepah berpecah, Shuib menganggotai kumpulan Sepahtu yang ditubuhkan oleh rakan baiknya, Jep dan kini bertiga bersama Rahim. Berstatus suami kepada penyanyi pop terkenal, Siti Sarah Raisudin, Shuib menjadi finalis Top 5 dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014). Memulakan tugas sebagai penyampai Sinar FM bersama rakan seperjuannya, Jep dan Rahim (Sepahtu) pada 30 November 2015.

Rahim bin Mat Ali atau lebih dikenali sebagai Rahim R2 ialah seorang pelawak dan juga anggota Kumpulan R2 yang menjadi naib juara dalam Raja Lawak Musim 5. Rahim menyertai kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013. Beliau kini  menjadi tulang belakang Sepahtu dalam menjuarai pertandingan itu. Namun, setelah memenangi Maharaja Lawak Mega 2013, beliau telah keluar dari kumpulan tersebut. Terkini, Rahim bergabung dengan kumpulan Sepahtu (Jep dan Shuib) dalam Sepahtu Sinar. Rahim juga pernah menjadi seorang pemain bola sepak  sayap kiri negeri Selangor dalam Sukan Malaysia 1990-an. Bukan itu sahaja, lawaknya yang menjadikan peminat tidak kering gusi membuatkan beliau telah disunting untuk berlakon dalam filem-filem seperti Lu, Gua Bro, Suatu Malam Kubur Berasap 2, Legenda Budak Hostel dan Keranda Tok Wan Terbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *