(SEMASA) Siri Realiti Baru ‘Pencarian Wajah Aura White’ Tanpa Unsur Penyingkiran

IMG_2848

Aurawhite Global Sdn Bhd dan iCube Studios menganjurkan sidang akhbar sempena pelancaran baru siri realiti web , ‘Pencarian Wajah Aurawhite’ di Sri Nilam Istana Budaya.

Akan ke udara pada awal Mac 2015 pada www.aurawhitetv.com dan laman web perkongsian video popular, Youtube, rancangan realiti ini akan merantau negara untuk mencari 12 wanita berpotensi untuk menjadi wajah Aurawhite untuk 2015.

IMG_2818

Sepanjang tempoh 10 episod yang berdurasi 20 minit, rancangan ini bukan sekadar mencari ‘wajah’ tetapi juga untuk mencari wakil yang berkaliber untuk mewakili jenama Aurawhite. Oleh itu, penganjur pertandingan mengalu-alukan penyertaan daripada semua wanita  tidak kira bangsa dan agama mahupun mereka yang berhijab.

Pemohon perlu mengambil gambar mereka bersama produk Aurawhite dan memuat naik gambar tersebut berserta dengan permohonan web  atau menyertakan gambar mereka dengan permohonan pos. Permohonan akan dibuka dari 18 Disember 2014 hingga 1 Mac 2015.

Daripada semua permohonan yang diterima, 200 wanita akan dipanggil yang kemudiannya akan ditapis ke 30 peserta separuh akhir sebelum 12 finalis dipilih.

IMG_2805

Setiap minggu finalis-finalis akan diuji dalam pelbagai kemahiran samada menjadi model atau memasarkan produk dan sebagaimya. Apa yang membezakan rancangan ini dengan rancangan realiti lain, adalah tidak akan ada unsur penyingkiran sebaliknya semua 12 finalis akan kekal sehingga acara finale. Penganjur pertandingan berasa adalah perlu untuk memberi peluang secukupnya kepada semua finalis agar mereka dapat mempamerkan kemahiran mereka dengan sepenuhnya demi mencari wakil yang terbaik untuk Aurawhite.

IMG_2601

Semasa acara finale kelak, semua 12 finalis akan mengambil bahagian dalam runway dan sesi soal jawab dengan para hakim sebelum pemenang diumumkan. Pemenang akan ditentukan daripada gabungan jumlah markah mingguan hakim serta undi-undi peminat yang dikumpul dari episod pertama.

Pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10 000 dan juga kontrak dengan Aurawhite Global Sdn Bhd.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah pengasas Aurawhite Global Sdn Bhd, Nur Furyna Mohd Azmir dan duta Aurawhite: Ayda Jebat, Izzue Islam, Amyra Rosli dan Natasha Hudson.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *