(SEMASA) Slot Raudah – Celik Hati & Signs of the Hereafter – program ilmiah di TV9

Logo Celik Hati

Pelbagai program menarik dari pelbagai slot telah disediakan oleh TV9 khas buat penonton setianya. Pada bulan April ini, dua program ilmiah terbaik telah disediakan menerusi slot Raudah iaitu Celik Hati yang diterajui oleh Profesor Muhaya dan Signs of the Hereafter, yang dikelolakan oleh ilmuan agama terkenal Sheikh Alaa El Sayed dalam Bahasa Inggeris dan pertama kali disiarkan di TV9. Kedua program ini bakal disiarkan berturut-turut pada hari yang sama iaitu hari Khamis dari jam 9.30 malam hingga 10.30 malam bermula 4 April ini.

Prof Dr Muhaya (4)

CELIK HATI

Celik Hati merupakan sebuah program motivasi yang dikendalikan oleh pencetus inspirasi terkenal dan berpengalaman iaitu Professor Dr.  Muhaya Mohamad.  Program motivasi ini boleh dikategorikan sebagai terapi buat penonton semua kerana Professor Dr. Muhaya akan mengupas topik-topik harian yang tanpa disedari merupakan konflik dalam diri dan juga kehidupan kita semua.

Celik Hati yang mengandungi 13 episod ini disiarkan secara langsung dari Studio C, Sri Pentas pada setiap Khamis pada jam 9.30 malam ini.  Sebagai episod permulaan, Professor Dr. Muhaya akan memberi motivasi kepada mereka yang kurang mempunyai keyakinan diri, menerusi topik “Aku Tidak Bersendiri”. Dalam topik ini, beliau akan membincangkan masalah putus cinta, rasa diri ditinggalkan dan tiada orang kepercayaan. Menerusi episod kedua, beliau akan mengupas pula tentang topik ‘Belajar Menerima Cinta’. Sememangnya manusia terdorong dengan sifat kasih sayang dan cinta, namun tidak ramai yang tahu bagaimana untuk menunjukkan perasaan itu kepada orang yang mereka sayangi. Di sini, beliau akan berkongsi tips memupuk kasih sayang dan cinta di dalam diri supaya sentiasa didorong dengan sikap mulia yang positif.

Menerusi Celik Hati ini, beliau tidak berinteraksi seorang diri di dalam studio tetapi berinteraksi dengan para penonton secara maya menggunakan media baru seperti Facebook, Twitter dan Instagram, selain dari panggilan telefon ke studio. Untuk memantapkan pengisian program, perbincangan ini turut diselang-selikan dengan kata-kata hikmah daripada Professor Dr. Muhaya dan ahli falsafah dunia seperti Mahatma Gandhi, Kung Fu Tze dan lain-lain. Sekaligus memperkenalkan kepada penonton tokoh-tokoh dunia yang menjadi pencetus inspirasi hidup manusia pada suatu ketika dulu. Malah, beliau juga turut berkongsi buku bacaan beliau untuk dijadikan panduan kepada penonton di luar sana.

Dapatkan tips istimewa dari Professor Dr. Muhaya menerusi Celik Hati yang disiarkan pada setiap Khamis, jam 9.30 malam bermula 4 April 2013 hanya di TV9.

 Logo SOTH

SIGNS OF THE HEREAFTER

Program dokumentari agama yang mengandungi 9 episod ini dikelolakan oleh ilmuan agama terkenal, Sheikh  Alaa El Sayed dalam Bahasa Inggeris. Beliau akan menceritakan tentang kehidupan manusia setelah meninggal dunia dan Hari Kiamat yang merupakan rukun Islam ke-enam – rukun Islam yang lain ialah beriman kepada Allah SWT, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab dan Al-Quran, beriman kepada Nabi dan Rasul, beriman kepada Hari Kiamat dan beriman kepada Qada dan Qadar.

 Sheikh Alaa El Sayed (1)

Beliau turut berkongsi dengan penonton tanda-tanda Hari Kiamat yang bakal tiba merujuk kepada kitab dan Al-Quran. Setelah meninggal dunia, kita akan di bangkitkan semula di alam barzakh. Apabila berada di alam yang kekal inilah segala perbuatan kita dihitung.  Dokumentari ini cukup memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua ini akan disiarkan pada setiap Khamis, jam 10.00 malam bermula 4 April ini.

Jangan lupa menyaksikan program ilmiah yang disediakan berturut-turut dari jam 9.30 malam hingga 10.30 malam ini eksklusif di TV9!

One comment on “(SEMASA) Slot Raudah – Celik Hati & Signs of the Hereafter – program ilmiah di TV9

  1. Nurulea says:

    What is the intro song/ soundtrack/ nasyeed of “Signs of the Hereafter” series?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *