(SEMASA) STAR LEBARAN 2017 By Prima Valet

KUALA LUMPUR; 30 APRIL 2016 – Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan. Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap pengayaan disamping menitik beratkan soal kualiti dan tawaran harga yang dipasarkan. Melihatkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Sedar mengenai hal ini, sebuah butik pakaian telah diwujudkan berperanan sebagai “one stop centre” menghimpunkan pelbagai jenama daripada pereka-pereka baru.

PRIMA VALET (PV) sebuah nama yang bakal mewarnai dunia fesyen bertindak sebagai sebuah hub pengedar koleksi pakaian siap yang dihasilkan oleh pereka-pereka muda tempatan. Jika sebelum ini, pereka-pereka muda menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran, kini PV mengambil inisiatif memasarkan kesemua produk pakaian di bawah satu bumbung. Penubuhan dan pembukaan PV ini adalah salah satu cara untuk membolehkan para pembeli melihat dan merasai sendiri secara lebih dekat koleksi rekaan-rekaan yang jika sebelum ini hanya boleh dilihat menerusi alam maya sahaja.

Kesemua koleksi produk yang dihimpunkan di bawah naungan PV ini mementingkan 3 elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini adalah bersesuaian dengan golongan sasaran PV iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada PV pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti teserlah.

Menurut Pengarah Urusan PV; Encik Hilmi Bin Che Mat (EL Azman), beliau mensasarkan untuk tahun pertama PV dapat berkembang dengan meluas serta lebih banyak butik akan dibuka dibawah empayar PV. Sebagai permulaan PV akan membuka empat buah kedai bagi menjalankan operasi perniagaan dan mengangkat fesyen RTW untuk Koleksi Hari Raya sebagai medium utama. Kesemua koleksi yang dipasarkan adalah bersesuaian untuk semua golongan dari kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa. Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu moden, jubah klasik dan moden, hiphop serta fesyen muslimah terkini yang menggunakan warna-warna cerah dan sesuai.

Tambah lagi Dr Arshad Beg Bin Mirzsja Hanjuan yang juga merupakan Pengarah Urusan PV ini, beliau ingin menjadikan PV sebagai pusat pemakaian siap (RTW) yang terbesar di Malaysia.Dalam ertikata lain PV adalah sebuah pusat fesyen yang mampu memberi kepuasan untuk seisi keluarga untuk mendapatkan pakaian siap bagi keperluan untuk semua peringkat umur. Dalam masa terdekat juga PV akan mensasarkan juga fesyen terkini seperti jaket, cardigan dan baju korporat bersesuaian dengan peredaran masa.

STAR LEBARAN 2017

Bakal meraikan bulan lebaran menjelang tiba, PRIMA VALET (PV) mengambil langkah tampil merwarnai industri fesyen tanah air dengan menghimpunkan rekaan-rekaan terbaru bagi menghangatkan pengayaan terkini di hari raya nanti. Malam memperkenalkan koleksi dibawah sayap PV yang bertemakan moden kotemporari ini terjemahan kepada tradisi meraikan lebaran yang memerlukan pengayaan sempurna bagi mewujudkan suasana ceria dan harmoni.

Objektif utama penganjuran Star Lebaran 2017 untuk memfokuskan pembukaan PRIMA VALET (PV) dengan memperkenalkan koleksi terbaru untuk hari raya bagi tahun 2017 bertemakan moden dan stylish. Rekaan yang boleh digayakan oleh semua golongan ini menawarkan harga mampu milik walaupun setiap rekaan adalah istimewa dan terkini, kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan utama dalam setiap rekaan.

Majlis dianjurkan secara sederhana ini juga akan mengabungkan kesemua jenama/ pereka terbaru yang terkenal dalam kalangan peminat fashion di laman media sosial ini untuk mempromosikan rekaan-rekaan terbaru mereka bagi merancakkan lagi industri fesyen sempena hari lebaran. Menampilkan design yang berkonsepkan urban dan kotemporari ini mampu dipakai bagi semua golongan dengan mengekalkan ciri-ciri ketimuran dalam pengayaan.

Disamping itu juga, pertunjukkan fesyen pada malam ini adalah medan untuk mengalakkan para peminta fesyen terutamanya golongan muda dan bumiputera menceburi bidang fesyen. Gabungan lebih daripada 10 jenama ini jelas menunjukan bahawa golongan muda terutamanya juga mampu untuk bersaing sihat dengan menempatkan diri mereka setanding dengan pereka terkenal yang lain. Selain daripada itu, ianya menarik minat dan mengalakkan golongan muda untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Menghimpunkan pemilik jenama pakaian yang semakin kukuh di negara ini, jelas menunjukkan rekaan anak tempatan kini semakin mendapat sambutan hangat daripada pengemar fesyen tanah air terutamanya bagi golongan anak muda dan belia. Pertunjukkan fesyen ini memperkenalkan koleksi pakaian raya daripada jenama-jenama pakaian yang tidak asing antaranya Elrah Exclusive, Nur Amirah, Meylana, Leyna, Sasqia by Shasya Habib, Asyalliee by Shasya Habib, Amy Search by Elrah Exclusive, Nur Aishah X Elrah Exclusive.

Malam memperkenalkan koleksi raya ini juga mempamerkan koleksi jenama lain yang turut sama dipasarkan dibawh PV ini seperti Shaheizy Sam X Elrah Exclusive, Puteri Zarith by Altelia Amani, Michael Ang X Elrah Exclusive, Youme&Hunny X Elrah Exclusive, Zukie by Elrah Exclusive, Altelia Amani X Elrah Exclusive.

Setiap pemilik jenama tersebut mengeluarkan produk tersendiri dengan memenuhi kehendak dan citarasa para pemakai. Melihatkan tahun tahun ini adalah fasa yang penuh mencabar, PV memainkan peranan dengan mengetengahkan konsep mampu milik dan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa dimana semua peringkat golongan boleh memiliki antara koleksi yang dipasarkan dibawah PV ini.

  1. SHASYA HABIB

Shasya Habib adalah jenama diasaskan untuk menghasilkan rekaan pakaian dan tudung untuk mereka yang gemar kepada koleksi mewah tetapi masih mengekalkan tawaran harga yang berpatutan. Mempercaayai setiap golongan wanita itu sangat suka kepada kecantikkan dalam setiap penampilan, Shasya habib tampil mengilhamkan rekaan berkonsepkan moden islamik bersesuaian untuk semua golongan wanita yang ingin tampil bergaya bersesuai dengan trend terkini.

  1. Asyalliee By Shasya Habib

Shasya Habib yang telah berkembang menjadi jenama pilihan utama peminat fesyen kini mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Asyaliee untuk mewarnai industry fesyen pada lebaran kali ini.  Menampilkan satu jenama Asyalliee By Shasya Habib, pengemar fesyen boleh mendapatkan koleksi pakaian siap untuk lebaran ini dengan konsep yang lebih energetic dan mewah.

  1. Sasqia By Shasya Habib

Shasya Habib terus melebarkan sayap dengan menjalin kreativiti dalam bidang fesyen bersama pelakon Sasqia bagi keluaran jenama Sasqia By Shasya Habib. Jalinan kerjasama ini adalah rantaian idea yang inovatif dalam merancakkan industry fesyen dimana Sasqia mencerminkan sifat keyakinan dan positif dalam berfesyen.

 

  1. MEYLANA

Bagi jenama Meylana yang diasaskan oleh dua srikandi jelita iaitu Norafzan Abdul Rahman bersama pelakon Memey Suhaiza. Hasil rekaan yang dikeluarkan oleh jenama ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Meylana bagi koleksi lebaran tahun ini ianya lebih bersifat “Less is More” dimana koleksi rekaan memfokuskan kesederhanaan dalam pengayaan tetapi masih disuntik dengan elemen glamorous. Disamping koleksi yang direka dengan pilihan gabungan warna-warna yang lebih terkini dan bersesuaian dengan trend masa kini agar si pemakai tampak lebih versatile.

  1. LEYNA

Bagi menghangat koleksi lebaran tahun ini, indsutri fesyen diperkenalkan lagi dengan rekaan terbaru daripada Leyna. Jenama ini memfokuskan kepada pengayaan yang sederhana tetapi masih kelihatan elegan untuk wanita moden pada hari ini disamping masih mengekalkan ciri kesopanan pada setiap rekaan.

Setiap rekaan yang dikeluarkan oleh kedua-dua jenama ini sentiasa mementingkan kualiti terutamanya pada material fabrik yang digunakan agar setiap pemakai berasa selesa sepanjang masa mengayakan koleksi ini.

  1. ELRAH EXCLUSIVE

Jenama No.1 pakaian lelaki yang diasaskan oleh EL Azman ini nyata mendapat sambutan yang hangat daripada kaum adam khususnya. Penggunaan material yang berkualiti dan rekabentuk corak yang kian menepati citarasa anak muda melonjakkan lagi jenama ELRAH ini. Ternyata keberkesanan pemasaran yang dilakukan oleh ELRAH mendapat perhatian oleh pereka dan usahawan iaitu Wak Doyok sehingga dapat menjalinkan kerjasama dalam mengeluarkan koleksi baju melayu pada musim perayaan lepas.

ELRAH menampilkan koleksi rekaan pakaian lelaki berkonsepkan moden kotemporari yang mana ianya diminati dan digilai oleh semua peringkat umur. Koleksi yang dikeluarkan mementingkan potongan baju yang sangat selesa untuk si pemakai mengayakannya dan ini menjadikan setiap koleksi Elrah sangat istimewa disamping ianya mengangkat konsep rekaan jubah moden bersesuaian dengan peredaran masa.

  1. Amy Search By Elrah Exclusive

Pada malam ini juga, Elrah Exclusive bergabung bersama selebriti yang lain bagi menghasilkan rekaan terbaru yang mempunyai kumpulan sasaran yang tersendiri. Pengemar fesyen akan dapat melihat hasil rekaan antaranya Amy Search By Elrah Exclusive, dimana untuk rekaan dibawah jenama ini ianya dihasikan berkonsepkan rocking klasik yang menyuntik elemen malar hijau serta memberikan kesan nostalgia apabila mengayakannya bersesuaian dengan hari raya itu sendiri.

  1. Nur Aishah X Elrah Exclusive

Tidak hanya menumpukan kepada rekaan golongan lelaki sahaja, malah Elrah juga bekerjasama bersama dengan rekaan lain untuk memasarkan produk untuk wanita. Pada kali ini untuk Star Lebaran 2017, Elrah menghasilkan keluaran Nur Aishah X Elrah Exclusive. Masih mengekalkan konsep utama Nur Aishah iaitu mengangkat cirri-ciri muslimah, bagi lebaran kali ini setiap koleksi bagi jenama Nur Aishah mementingkan ciri-ciri eksklusif dan terkini. Bertepatan dengan tagline Nur Aishah “Kunci Cinta Ibadah” setiap hasil rekaan hari raya pada kali ini ianya menitik beratkan gaya islamik dan diterjemahkan secara lebih trendy yang boleh digayakan semua peringkat usia termasuk para remaja, wanita berkejaya dan juga para surirumah.

  1. Shaheizy Sam X Elrah Exclusive

Bagi si jejaka berbadan sasa yang mengemari baju melayu berpotongan fit, kini boleh dapatkan koleksi baju melayu yang dikeluarkan oleh Shaheizy Sam X Elrah Exclusive. Bagi keluaran baju melayu berjenama Shaheizy Sam ini, ianya berkonsepkan potongan moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional baju melayu tersebut.

  1. Michael Ang X Elrah Exclusive

Istimewanya lagi, untuk raya tahun ini Elrah mencuba sesuatu yang unik dengan mengeluarkan koleksi jenama Michael Ang X Elrah Exclusive. Dibawah koleksi ini, bagi mereka yang bersize comel boleh mendapatkan pakaian raya jenama ini kerana ianya diilhamkan dengan potongkan sedikit besar dan straight cut. Ianya diinspirasikan dengan rekaan baju melayu berkonsepkan kurta berpotongan moden.

  1. Youme&Hunny X Elrah Exclusive

Bagi peminat fesyen yang sentiasa melayari media sosial di Instagram mungkin tidak asing dengan jenama pakaian Youme&Hunny yang diasaskan oleh Pn. Ummi Hani. Merancakkan lagi lebaran tahun ini jenama ini turut berganding tenaga bagi mengeluarkan produk Youme&Hunny X Elrah Exclusive. Setiap hasil rekaan yang dikeluarkan mempunyai elemen inovasi dimana koleksi keluaran lebih sophisticated disamping mengekalkan keselesaan dalam pengayaan.

Koleksi lebaran dibawah jenama Youme&Hunny untuk 2017 ini lebih memfokuskan kepada konsep fresh dan modern tetapi masih mengekalkan ciri klasik bagi memperlihatkan si pemakai tampak lebih bertenaga dan elegan. Pemilhan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu permainan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya.

  1. Zukie By Elrah Exclusive

Pada tahun ini juga Elrah turut berkolaborasi bersama Instafamous yang tdak asing dalam dunia media sosial iaitu Zukie. Peminat fesyen terutamanya golongan muda boleh dapatkan koleksi raya jenama Zukie By Elrah Exclusive. Keluaran koleksi ini ianya memfokuskan kepada peringkat umur remaja yang gemarkan pengayaan yang lebih segar dan terkini atau mudah dikenali dengan gaya “up-to-date”.

  1. Altelia Amani X Elrah Eclusive

Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada pemakai jenama Altelia Amani. Star Lebaran 2017 ini memperlihatkan koleksi keluaran Altelia Amani X Elrah Eclusive. Mengekalkan konsep elegan, versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi gabungan Altelia Amani antara yang perlu dimiliki untuk lebaran kali ini.

Altelia Amani turut mengambil peluang dengan menghasilkan rekaan kerjasama bersama pelakon lelaki popular iaitu Fattah Amin bagi keluaran Far8. Ianya direka khas untuk fesyen lelaki secara moden dan bergaya untuk memenuhi pasaran semasa. Koleksi direka berkonsepkan kasual dan santai untuk memperlihatkan ciri-ciri maskulin pada si pemakai.

  1. Puteri Zarith By Altelia Amani

Puteri Intan Zarith atau lebih dikenali dengan Puteri Zarith memilih namanya sendiri sebagai ‘brand’ fesyen beliau yang merupakan seorang usahawan dari bidang kecantikan. Meminati fesyen sejak awal lagi membuatkan beliau menghasilkan rekaannya dengan tersendiri. Memperkenalkan rekaan fesyen Puteri Zarith by Atelia Amani sempena Aidilfitri 2017, dinamakan PuteriZarithRaya2017 #pzrtwcollection. Koleksi rekaan oleh Puteri Zarith terdiri daripada lima rekaan. Mempunyai inspirasi tersendiri & disempurnakan lagi oleh Altelia Amani telah menghasilkan konsep moden elegan dan setiap rekaan tersebut mempunyai tiga warna yang berbeza.

  1. NUR AMIRAH

Koleksi Nur Amirah mengangkat pakaian wanita berkonsepkan patuh syariah yang menitik beratkan keselesaan dan potongan yang sedikit besar untuk memudahkan pergerakan. Koleksi ini membuktikan bahawa golongan wanita juga boleh tampil bergaya mengikut trend terkni tetapi masih boleh mengekalkan keperibadian secara islamik dan mengikut tuntutan agama.

ARTIS & SELEBRITI

Majlis yang berlangsung secara eksklusif ini dimeriahkan dengan celoteh bersahaja daripada pengacara tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan iaitu Dee (Jangan Ketawa). Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan artis terkenal iaitu Amy Search dan turut dimeriahkan dengan kedatangan artis yang baru dinobatkan sebagai artis lelaki meletop iaitu Fattah Amin. Turut hadir pada malam ini Anzalna Nasir serta para pelakon dan pengarah drama HERO SEORANG CINDERELLA antaranya Michael Ang, Fazura dan Zukie.  Bagi meluaskan lagi publisiti pertunjukan fesyen yang berlangsung, ianya juga dihangatkan lagi dari jemputan dalam kalangan blogger fesyen & hiburan, instafamous dan para selebriti yang lain. Selain daripada itu majlis Star Lebaran 2017 ini turut dihadiri oleh tetamu kenamaan lain bagi memberikan sokongan kepada usahawan dan usahawanita dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh mereka ini.

JUALAN HEBAT PEMBUKAAN PV

Lanjutan daripada pembukaan PV dan pertunjukan fesyen ini, pengemar kepada semua jenama ini boleh mula mendapatkan setiap koleksi rekaan di Prima Valet (PV) bermula 1 Mei 2017. Kesemua koleksi yang dikeluarkan boleh didapati di Butik PV terletak di lokasi No. A-G-2, A-G-3A, A-G-9, A-1-3, A-1-3A, A-1-9, Blok A, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Bangi, Selangor.

Jualan hebat sempena pembukaan PV, ianya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu menaikkan jualan untuk kesemua jenama tersebut. Jualan hebat juga dianjurkan adalah bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan pada malam ini. Selain daripada itu ianya juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *