(SEMASA) Suria KLCC Raikan Sambutan Tahun Baru Cina dengan dekorasi bertemakan  ‘Makan Besar Komuniti Baba & Nyonya’

Spread the love

Kuala Lumpur, 19 Januari 2017 – Amalan tradisi makan besar bersama keluarga merupakan intipati sambutan Tahun Baru Cina.  Kaum keluarga berketurunan Cina berkumpul pada malam menjelang Tahun Baru Cina untuk menikmati juadah makanan yang disediakan khusus untuk sambutan ini.  Berasaskan amalan tradisi makan besar ini, Suria KLCC meraikan kedatangan sambutan Tahun Baru Cina dengan dekorasi indah bertemakan ‘Makan Besar Komuniti Baba dan Nyonya.’

“Pada tahun ini, kami telah mengetengahkan elemen unik komuniti Baba dan Nyonya dalam pilihan tema dekorasi kami.  Ianya dipilih kerana komuniti komuniti Baba dan Nyonya iaitu kaum Cina yang mengamalkan tradisi Melayu hanya boleh didapati di Malaysia.  Kami ingin memberi pendedahan kepada para pelancong serta warga tempatan akan keunikan kaum berketurunan Cina yang mengasimilasikan adat resam kaum Melayu dalam kehidupan  harian mereka,” kata Andrew Brien, Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Selain daripada dekorasi berunsurkan komuniti Baba dan Nyonya, Suria KLCC turut membina struktur setinggi 70 kaki dan lebar 40 kaki yang diperbuat daripada tanglung serta hiasan bercorak Bunga Sakura (Cherry Blossom) dalam usahanya untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.  Keindahan struktur tanglung yang terletak di KLCC Esplanade ini boleh dihayati oleh semua masyarakat Malaysia bermula 19 Januari hingga 5 Februari.

Pada masa yang sama, Suria  KLCC juga akan menjalankan program komuniti “Share the Care” untuk membantu golongan yang memerlukan.  Suria KLCC akan mengumpulkan dana sumbangan sekurang-kurangnya RM10,000 untuk disalurkan kepada “Shelter Home for Children.”  Dana ini akan dikumpulkan menerusi jualan kad berbentuk kuih kapit yang dijual dengan harga RM10.00 di kaunter perkhidmatan pelanggan Suria KLCC.  Para penderma akan diminta menulis nama mereka di atas kad berbentuk kuih kapit ini yang akan digantungkan di sebuah struktur berbentuk pohon Bunga Sakura .

“Shelter Home for Children” merupakan badan kebajikan berdaftar yang dibuka pada tahun 1981 untuk membantu kanak-kanak yang didera, diabai atau ditinggalkan oleh ibubapa mereka.  Untuk informasi lanjut mengenai rumah kebajikan ini, orang ramai boleh menghubungi talian 03-7956 2382 atau lawati sesawang www.shelterhome.org

Ganjaran bagi mereka yang membeli belah di Suria KLCC

Para pengunjung yang membeli belah di  Suria KLCC di musim Tahun Baru Cina ini akan menerima ganjaran bergantung kepada jumlah perbelanjaan mereka.  Antara ganjaran yang diberikan adalah paket merah serta sepasang pot kondimen bagi pembelian RM800 ke atas, manakala pembeli yang membuat perbelanjaan tertinggi pada hujung minggu pula, akan menerima loket jenama Lukfook Jewellery.

Sepanjang musim perayaan ini juga, pelbagai persembahan tradisi Cina yang menarik boleh dihayati oleh para pengunjung antaranya, tarian naga dihiasi lampu LED, tarian singa akrobatik, persembahan muzik percussion, orkestra tradisi Cina serta pelbagai hiburan yang lain.

Sekiranya orang ramai memerlukan sebarang informasi lanjut mengenai program komuniti, promosi serta persembahan Suria KLCC sempena sambutan Tahun Baru Cina,  sila lawat laman sesawang www.suriaklcc.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *