(SEMASA) SWEET AIMAN BUAH TANGAN TERBARU DARI AIMAN TINO.

Aiman Tino, atau nama sebenarnya Mohd Aiman bin Yusri, 18, kini mula  melibatkan diri dalam dunia perniagaan selain dari “showbiz” yang biasa dilalui dalam rutin hariannya. Impak lagu Ku Rela Dibenci melonjakkan nama Aiman sebaris penyanyi popular yang lain dan terus mendapat perhatian ramai apabila dia turut terpilih beraksi di pentas akhir Juara Lagu tahun 2016 sedikit masa lalu. Fenomena ini mencetuskan ilham kerjasama antara Aiman dan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd (“Wonder Glow).

Sebelum ini, Aiman juga pernah menjual pelbagai jenis barang cenderamata kepada peminatnya ketika mengadakan persembahan di seluruh Malaysia. Menyedari akan perkara itu maka timbul lah idea untuk Aiman mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan beliau sendiri yang diberi nama ”Sweet Aiman”.

Dengan kerjasama bersama Wonder Glow, kini Aiman mampu merialisasikan cita- citanya itu. Aiman berasa amat berpuashati dengan tiga produk yang kini sudah berada di pasaran.

Antaranya ialah :-

1) 3D Cream DD mineral Cushion;

2) Candy Cherry Brite ; dan

3) Cherry Brite HD.

Bagi Aiman ini satu kepuasan pada dirinya apabila produk ini sudah mendapat perhatian di pasaran apatah lagi ia dihasilkan khas buat peminat-peminat perempuannya.

Wonder Glow amat berbesar hati  dapat berkerjasama dengan Aiman iaitu seorang artis muda yang berwawasan dan berbakat. Setelah hampir enam (6) tahun bertapak dalam industri kosmetik , Wonder Glow yakin dan percaya bahawa produk-produk ini akan mendapat tempat di kalangan peminat-peminat Aiman.

Pihak Wonder Glow juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Mydin Malaysia atas tajaan lokasi promosi untuk bertemu peminat seperti berikut:

  1. Mydin Senawang, Negeri Sembilan -23 Mac 2017, 5 petang
  1. Mydin City One, Sarawak – 8 April 2017, 3.30 petang
  1. Mydin Samariang, Sarawak -29 April 2017, 3.30 petang

Untuk keterangan lanjut mengenai produk Sweet Aiman, sila hubungi +6010 7094042. Produk-produk Aiman juga boleh didapati di kiosk-kiosk Wonder Glow seperti berikut:

  1. Lot 2-2-21 Busana Menara

          Jalan Tuanku Abdul Rahman

        50100 Kuala Lumpur.

  1. Lot KF5, Level 1, AEON Mall Shah Alam

           No 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13

          40100 Shah Alam

  1. F45 Tingkat 1 & Tingkat 2

           Kluang Parade

          Jalan Sentul, 86000 Kluang

          Johor Darul Takzim

  1. Lot F38, level 1, AEON Kota Bharu

          Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu

          Kelantan Darul Naim.

Bagi yang berminat boleh juga lawati Instagram : sweetaiman360 dan juga laman web www.sweetaiman360.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *