(SEMASA) SYARIKAT MILIK PENUH MALAYSIA MENERAJUI BLOCKCHAIN FORUM DENGAN BARISAN PANEL TERKEMUKA PERINGKAT ANTARABANGSA

sdr

Kuala Lumpur, 14 April 2018 – Sebuah syankat milik Malaysia, Ledgit mengorak langkah dalam industri transaksi ekonomi digital lejar dengan menganjurkan The Future of Blockchain Industry Forum: Forum yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang manfaat teknologi blockchain’ dan ‘cryptocurrency. Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Encik Ivan Ku, forum ini telah dihadiri lebih dari 1000 peserta.

dav

Panel penceramah antarabangsa terkenal dijemput untuk mengupas dan membincangkan pelbagai topik termasuk evolusi masa hadapan dan pertumbuhan industri. Kewujudan teknologi ‘blockchain’ seperti IE dan Bitcoin telah menjadi satu platform bagi pertumbuhan aset digital. Kemunculan teknologi baru ini juga memberi manfaat kepada pasaran kewangan global dengan mengadaptasi cara baru untuk melabur, memudahkan transaksi tunai rakan ke rakan dan untuk memperbaiki ekosistem kewangan

“Forum ini memberi tumpuan untuk mendidik orang ramai tentang halangan dan jangkaan pada masa akan datang dan seterusnya memanfaatkan teknologi ini untuk pelbagai tujuan. Bukan itu sahaja, kami amat berbangga kerana dapat menganjurkan forum ini sebagai platform perbincangan dan mengubah tanggapan terhadap industry secara keseluruhan, “kata Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Encik Ivan Ku.

sdr

Teknologi blockchain’ sering dikaitkan dengan pelaburan dan pemahaman dari sudut kewangan. Walau bagaimanapun, Ledgit telah menawarkan cara penyelesaian masalah untuk pelbagai bidang terumatamanya kepakaran dalam mencari sumber produk dan salasilah keluarga melalui teknologi ‘blockchain’dan aplikasi pintar.

“Kami telah menjemput penceramah yang mempunyai kepakaran dalam industri dari Timur Tengah dan China untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman merekadengan semua peserta. Oleh itu, kami berharap peserta akan berpeluang untukmemahami industri dari sudut perspekuf yang berbeza Barisan panel adalah danpelbagai latar belakang dan mempunyai asas yang kukuh dalam industi ini. Denganmenggunakan trend digital terkini, pemilik perriagaan dan pengguna akan dapat memanfaatkan platform yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar dalam industri berlainan,” tambahnya

Panel penceramah yang dijemput adalah Encik Fengsen, Pengasas Blockhong dan Timbalan Ketua Setiausaha Institut Blockchain Dunia (China), Encik Mark Pui, Pakar Pelaburan Blockchain (Malaysia), Encik Lurion Yee, Pengasas SEDA (Malaysia), En Yao Han Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Blockchain Games Company (Malaysia), Cik Jia Nina, Pengarah Pemasaran Blockchain Games Company (Malaysia) dan Cik Saba Harati, Penyelidik Blockchain Games Company (Iran)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *