(SEMASA) SYILING DWI-LOGAM EMAS & PERAK EDISI KHAS HAJI MULA DIJUAL 28 OGOS 2017

Nubex Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar sah jongkong emas, perak serta logam bernilai lain di Malaysia bakal melancarkan syiling khas musim Haji 2017 bermula 28 Ogos 2017 menerusi laman atas talian www.nubex.my. Istimewa tahun ini, pembeli terawal turut boleh mendapatkan syiling khas ini di bilik pameran Nubex di Damansara Perdana seawal 10 pagi dengan pilihan nombor siri terbaik.

Meraikan kehadiran Aidiladha tahun ini, syiling edisi khas Haji 2017 menampilkan cetakan Kaabah di atas kepingan emas tulen 24 karat dengan kalimah tauhid tertera dalam khat kufi sebagai simbolik penyatuan umat Islam. Manakala kepingan perak tulen pula mengelilingi kepingan emas dengan kemasan label dan nombor siri khas tertera di permukaannya. Dikeluarkan terhad hanya 2,000 keping sahaja, syiling edisi khas ini dijual pada harga serendah RM160 seunit.

“Kami yakin jualan syiling ini akan turut menerima sambutan yang baik berdasarkan jualan syiling edisi khas lain sebelum ini. Dengan ciri kepingan emas dan perak boleh-lerai, syiling ini boleh menjadi pelaburan jangka masa panjang selain simpanan istimewa,” menurut Bakhtiar Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd.

“Kami mempelawa pelanggan atas talian untuk hadir mendapatkan pilihan nombor siri kegemaran di bilik pameran kami mulai 28 Ogos 2017,” ujar Mohd Fayzi Omar, Ketua Pegawai Kreatif Nubex Sdn Bhd.

Nubex Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak tahun 2009 sehingga kini adalah pelopor utama aktiviti pembuatan serta pengedaran logam bernilai emas, perak dan lain-lain secara sah di Malaysia. Nubex turut mengedarkan logam emas yang diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan menerusi laman dagangnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak lain, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *