(SEMASA) TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA BUAT WARGA DUN PELABUHAN KLANG

Spread the love

5 Februari 2022 : Bertempat di TGV Central i-city,  lebih 1,000 warga Dun Pelabuhan Klang telah hadir untuk memeriahkan tayangan khas filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang. Tayangan Khas filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan anjuran YB Azmizam Zaman Huri yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang bersempena Sambutan Hari Maritim ke 18 yang bakal berlangsung kelak. ADUN Pelabuhan Klang juga berkata penganjuran tayangan khas filem ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada anggota Maritim Malaysia yang berkorban nyawa, tenaga dan masa bagi menjaga perairan negara khususnya di Pelabuhan Klang.

Penglibatan masyarakat DUN Pelabuhan Klang dalam majlis ini juga diharap agar dapat memahami bidang kuasa Maritim Malaysia sekali gus menaikkan semangat patriotism di kalangan warga tempatan dan pada masa sama, beliau berharap penganjuran tayangan khas itu dapat membantu syarikat produksi menarik lebih ramai orang awam menontonnya.

Tayangan khas yang diadakan di TGV Central i-city ini adalah merupakan kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan penerbit Flying Deal Sdn Bhd serta Arie Zarie Production yang turut sama dihadiri oleh para barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan dan Julia Farhana selaku teraju utama serta ramai lagi. Pasukan Khas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia juga turut membuat demonstrasi operasi ketika tayangan khas tersebut disamping persembahan khas pancaragam dari agensi tersebut.

Filem aksi hebat ini merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT HANIF yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan One Two Jaga sebagai pembantu pengarah.  Anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi ini juga telah  merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30.

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang PEGAWAI PASUKAN TINDAKAN KHAS dan PENYELAMAT (STAR Team) dari AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan. Melalui filem ini, penonton dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga  menggadai nyawa sematamata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.

Penggambaran filem itu mengambil masa 55 hari bermula dari 3 Ogos hingga 24 Oktober 2019 membabitkan lokasi penggambaran 65 peratus di kawasan laut dan pulau di sekitar Pulau Langkawi, Kedah serta di Pahang.

SINOPSIS

Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besarbesaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *