(SEMASA) Tepati Ramalan, PU Azman Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Kedua

Spread the love

10844447_10153438657847786_410809291_o
Peserta berasal dari Kuala Lumpur, PU Azman menepati ramalan awal selepas diumumkan sebagai juara mimbar akhir Pencetus Ummah musim kedua sebentar tadi di Dewan Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) selepas tujuh minggu bersaing hebat dengan sembilan peserta yang lain.

10884675_10153438657967786_485834595_n
PU Azman yang bekerja sebagai seorang Pakar Motivasi Remaja telah memilih tajuk ‘Takdo Alasan Tinggal Solat!’ bagi tugasan bebas dan dua lagi tugasan pilihan penonton dan Murabbi iaitu ‘Isu Islamfobia’ serta ‘Hati Mati Jasad Layu’.
Kemenangan PU Azman sudah dijangka lebih awal selepas menunjukkan kemampuannya sejak di minggu pertama menerusi takzirah yang cukup padat dan mampu memberi jawapan yang diajukan dengan lancar.
Dengan kemenangan sebentar tadi, PU Azman sekaligus berjaya membawa pulang hadiah lumayan berjumlah  RM100,000, sebuah trofi dan pakej mengerjakan Umrah.
Tempat kedua dimenangi oleh PU Faiz dengan membawa pulan wang tunai RM50,000 sementara tempat ketiga dimenangi oleh PU Yusof dan keempat PU Lokman masing-masing berpuasa hati dengan wang tunai RM10,000.
Pembukaan Mimbar Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2 dimulakan dengan doa daripada juara musim pertama PU Hafiz. Menarik di mimbar akhir menyaksikan persembahan oleh  barisan selebriti terkenal tanah air seperti Dato’ Hattan, Mawi, Ayai Ilusi, Daly dan juga Hazama.
10863658_10153438659052786_923709120_n
Lebih istimewa dua juri jemputan iaitu penyanyi Opick yang berasal dari Indonesia dan Ustaz Kazim Elias turut membuat persembahan nyanyian dan tazkirah mengenai Anak-anak Yatim.
Mimbar Pencetus Ummah 2 dihoskan oleh Ustaz Hj. Zulkefli dan pelakon Fizo Omar yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105), Astro Oasis (106) dan Maya HD (135). Program realiti berbentuk Islamik ini juga turut menampilkan Ustaz Haslin Baharim, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Fauziah Nawi sebagai Murabbi atau fasilitator

kredit artikel : http://www.astrogempak.com.my/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *