(SEMASA) Tune Talk Rai Pelanggan Dengan Reward Setinggi 1 Juta BIG POINTS

IMG_20160517_150338

Kuala Lumpur- Tune Talk baru-baru ini meraikan pelanggan setia mereka yang menyertai Pertandingan #Data2aMillion dalam satu majlis yang diadakan di pusat beli-belah Maju Junction.

IMG_20160517_150854

Ia menyaksikan lebih daripada 10 pelanggan Tune Talk diberikan reward dalam bentuk points bermula dari 8,000 sehingga 1,000,000 (1 Juta) BIG POINTS!

Bayangkan, dengan 1 Juta BIG POINTS, pelanggan yang bertuah boleh membawa sehingga 15 orang bercuti bersama ke Melbourne,Osaka mahupun Busan secara PERCUMA.

“Di Tune Talk, kami menghargai pelanggan yang tanpa mereka, siapalah kami sekarang. Dengan itu, kami sering memikirkan cara yang terbaik untuk menghargai pelanggan setia Tune Talk yang sentiasa menyokong usaha kami. Adanya kerjasama dengan AirAsia BIG, kami berupaya mengadakan pertandingan #Data2aMillion dan memberikan reward sehingga 1 Juta BIG POINTS yang mana memberi peluang kepada pemenang-pemenang membawa keluarga dan rakan-rakan bercuti tanpa perlu mengeluarkan seses pun untuk membeli tiket kapal terbang, cukup mengguna points yang dimenangi. Ini hanyalah permulaan, dan kami akan terus memberi dan memberi untuk pelanggan kami. Jadi, tunggu sahaja masanya!”-Jason Lo, Ketua Pegawai Eksekutif, Tune Talk.

Mahar Salih dari Perak merupakan pemenang yang memenangi 1 Juta BIG POINTS manakala Nor Azmiza Ahmad memenangi 388,000 BIG POINTS dan Fara Nurhana Muhamid Fauad menerima 288,000 BIG POINTS. Reward itu disampaikan oleh Justin Wong, Ketua, Business Intelligence & Loyalty, Tune Talk Sdn Bhd.

Pertandingan #Data2aMillion ini telah pun melalui proses cabutan undi yang pertama pada 20 Januari lalu dan kali kedua pula diadakan pada 20 April. Cabutan undi kali ketiga dan yang terakhir bakal diadakan pada 20 Julai, jadi apa lagi, bagi yang belum mengguna Tune Talk, cepat-cepatlah menggunakannya sekarang. Mana tahu anda berpeluang menjadi pemenang yang menerima 1 Juta BIG POINTS kelak!

Hanya langgani pelan data Tune Talk untuk minimum 90 hari dan aktif sehingga tempoh pertandingan. Kemudian sebagai syarat pertandingan anda perlu SMS: Data atau Data1 atay Data2, Data3 hingga Data9 ke 2211. Mudah sahaja!

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.tunetalk.com/my/whatshot/data2amillion

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *