(SEMASA) TWISTER-KAN HARIMU BERSAMA KFC!

KUALA LUMPUR, 21 FEBUARI 2017 – KFC Malaysia membawakan kejutan penuh kelazatan kepada hari anda menerusi hidangan KFC Twister terbaharu. Memperkenalkan dua pilihan rasa berbeza, Hot & Zesty Twister dan Cheezy Twister, dihidangkan enak buat para penggemar KFC hanya dari RM6.50 setiap satu.

Dihidang segar, KFC Twister ini padat dengan kepingan Zinger rangup, salad, timun dan tomato lazat, semuanya dibalut di dalam tortilla hangat. Bersama pilihan sos masam dan pedas limau-cili di dalam Hot & Zesty Twister, atau keju jalapeño dan mayo berkrim di dalam Cheezy Twister, kedua- dua Twister ini menawarkan kejutan segar kepada menu harian anda.

 “Peminat kami telah bersuara dan KFC Twister kini dibawa kembali atas permintaan ramai. Produk ini menjanjikan 100% keaslian rasa KFC di dalam bentuk mudah alih yang boleh dinikmati di mana-mana sahaja,” kata Angellina Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.

“Peminat pasti berasa sukar untuk memilih di antara dua perisa hebat: Hot & Zesty Twister yang membawakan sentuhan masam dan pedas, dan Cheezy Twister dengan rasa keju asli KFC kegemaran ramai. Oleh itu, kami turut menawarkan kombo Double Twister bagi yang menginginkan kedua-dua Twister,” tambah beliau.

KFC Twister boleh didapati secara ala carte atau bersama hidangan kombo. Kombo Twister menawarkan pilihan di antara Hot & Zesty Twister atau Cheezy Twister, manakala kombo Double Twister menawarkan kedua-dua Twister, untuk anda nikmati kesemuanya. Setiap hidangan kombo didatangkan bersama Crispier Fries KFC dan satu minuman berkarbonat.

Hanya terdapat bagi tempoh terhad di semua restoran KFC seluruh negara bermula 21 Febuari 2017 sementara stok masih ada. Twister-kan harimu dengan KFC Twister! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *