(SEMASA) U MOBILE MEMBOLEHKAN ANDA MEMILIKI TELEFON HUAWEI DENGAN MUDAH MENERUSI U PACKAGE – BAYARAN ANSURAN TANPA FAEDAH YANG LENGKAP UNTUK PELAN PASCABAYAR

umobile1KUALA LUMPUR, 27 JUNE 2016 – U Mobile Sdn Bhd, telco yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, sukacita memaklumkan bahawa pelanggan kini boleh memilih  peranti Huawei apabila melanggan U Package – pelan bayaran ansuran tanpa faedah bagi  pelan pascabayar semua dalam satu. Mulai hari ini, pelanggan U Package boleh menikmati kadar bulanan kompetitif untuk data dan panggilan suara yang ditawarkan oleh Hero Plans, sambil dapat membeli Huawei Honor 4C, Huawei Honor 5X, serta peranti terbaru Huawei P9, yang dihasilkan bersama Leica, pada harga subsidi serta mengikuti kaedah bayaran mudah selama 24 bulan – tanpa sebarang kadar faedah.

Untuk menandakan pelancaran tawaran “bundle” terbaru ini, U Mobile memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki Huawei Honor 4C, pada kadar bayaran bulanan RM10 sahaja. Tawaran ini akan berterusan, selagi stok masih ada. Pelanggan yang ingin memiliki telefon pintar terbaru Huawei P9, mereka hanya perlu membuat bayaran ansuran RM76 sebulan (Harga di pasaran – RM2099) apabila melanggan U Package.  Ini menjadikan, U Package oleh U Mobile adalah kaedah termudah untuk memiliki telefon pintar Huawei.

Butiran terperinci seperti berikut:

umobile

Tawaran U Package bagi telefon Huawei boleh diperolehi di cawangan rasmi U Mobile buat masa ini. Ia juga akan ditawarkan oleh Pengedar Utama U Mobile tidak lama lagi.

Daftarlah sekarang dan nikmati panggilan dan  kuota Internet besar pada telefon pintar mudah alih yang terbaru tanpa sebarang kebimbangan. Selain itu, pelanggan juga diberikan T-Shirt eksklusif  dan kasing mudah alih X-Men secara percuma  apabila mereka membuat pembelian  Huawei Honor 4C, selagi stok masih ada.

Untuk  maklumat lanjut serta terma dan syarat terkini, sila layari www.u.com.my/up-android

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *