KUALA LUMPUR, 31 Mac 2013 — Veedo.my telah mengadakan sebuah sesi Meet & Mix
untuk minda-minda kreatif tanahair beramah mesra, bertempat di Paradiso Lounge, Publika.
Veedo.my, sebagai salah satu tenaga kerjasama festival seni visual grafik VGA Fest, telah
mengadakan sesi ini sebahagian daripada program hari terakhir festival tersebut.
Veedo.my, inisiatif digital terbaru oleh Primeworks Studios dan Media Prima Digital, adalah
sebuah laman web yang merapatkan hubungan antara jenama dan pembikin filem melalui
pertandingan-pertandingan video yang menarik. Pembikin-pembikin filem profesional dan
juga amatur dapat mencadangkan idea-idea mereka melalui laman web ini dan berpeluang
memenangi hadiah-hadiah menarik.
Sesi Meet & Mix ini telah dimulakan dengan acara prapelancaran bagi laman web tersebut,
di mana ketua Veedo.my, Marini Ramlan, berkongsi bersama tetamu-tetamu malam itu
mengenai prosedur penggunaan laman web itu serta rancangannya dalam masa yang
terdekat. Veedo.my merancang untuk menawarkan lebih banyak pertandingan video pada
bulan-bulan yang akan datang, termasuk sebuah pertandingan khas untuk pelajar-pelajar
universiti, satu projek kerjasama dengan jenama Live Out Loud (LOL) oleh Rangkaian Radio
Media Prima.
“Kami amat bersyukur atas sokongan rakan-rakan kreatif yang sudi hadir pada acara Meet &
Mix ini. Matlamat utama Veedo.my adalah untuk menyediakan sebuah platform di mana
bakat-bakat dapat bekerjasama dan idea-idea dapat bergabung, dan sesi Meet & Mix ini
dapat memberi peluang kepada mereka untuk bertemu secara offline juga,” ujar Marini, yang
juga merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Primeworks Studios.
Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, juga berkata, “Kami
teruja untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama, di mana mereka dapat menikmati
capaian yang luas melalui kempen media bersepadu Veedo.my. Laman web ini juga dapat
menjadi sumber inspirasi yang segar melalui idea-idea yang diketengahkan pembikin-
pembikin filem. Kami percaya Veedo.my mempunyai potensi besar dalam membentuk cara
jenama dan industri kreatif berinteraksi antara satu sama lain dalam masa terdekat .”
Mengenai Veedo.my
Veedo.my, satu inisiatif oleh Primeworks Studios dan Media Prima Digital, adalah sebuah
laman web pertandingan video terbuka kepada semua rak yat Malaysia yang ingin mencipta
video untuk jenama-jenama. Laman web ini juga berfungsi sebagai platform alternatif untuk
pihak jenama mencari bakat-bakat baru di Malaysia. Sejak penubuhannya pada lewat tahun
2012, Veedo.my merancang untuk menawarkan pertandingan-pertandingan menarik untuk
pembikinan iklan, mesej kempen, pengumuman perkhidmatan awam, dan video muzik.
Laman Web : www.veedo.my
Facebook : www.facebook.com/veedo.my
Twitter : @veedoMY #veedoMY
Terima Kasih Galaksi!