(SEMASA) Viber Dan Talenthouse Melancarkan ‘Sticky Fingers’, Platform Kreatif Untuk Mencari Dan Menyokong Bakat Baru

Spread the love

Sticky Fingers A5 MYT_09032015

Viber, platform komunikasi mobile OTT terkemuka yang menawarkan mesej, panggilan telefon dan video bermutu HD secara percuma, telah bekerjasama dengan Talenthouse, iaitu ‘pertubuhan kreatif dunia’ yang menyediakan peluang pengubah kehidupan kepada para pereka untuk bekerjasama dengan jenama dan ikon, dengan melancarkan pencarian bakat ‘Sticky Fingers’ di seluruh dunia untuk menemui artis pelekat yang hebat.  Viber dan Talenthouse menjemput para artis visual, ilustrator dan pereka dari seluruh dunia untuk mereka karakter ‘Sticky Fingers’ yang baru dan melihat ciptaan mereka menjadi pelekat Viber.

Pelekat adalah sebahagian daripada personaliti Viber dan jutaan pengguna di seluruh dunia menggunakannya dalam perbualan mereka setiap hari untuk menyatakan emosi, reaksi, kenyataan atau sekadar berkongsi suasana ceria bersama rakan dan keluarga mereka. Pencarian maskot ‘Sticky Fingers’ merupakan yang pertama dalam siri taklimat kreatif yang menjemput para artis berbakat untuk melihat hasil seni mereka diserlahkan dengan kerjasama Viber Design Studio.

Seorang Artis Terpilih, seperti yang dihakimi oleh panel Viber yang terdiri daripada Erez Shocher, Pengarah Kreatif Viber, dan Mark Hardy, Ketua Pegawai Pemasaran Viber, akan bekerja bersama dan dibimbing oleh Viber Design Studio untuk mengubah karakter ‘Sticky Fingers’ menjadi Pek Pelekat yang komersial sepenuhnya. Ia kemudiannya akan dijual di Viber Sticker Market dan Artis Terpilih akan menerima sebahagian daripada hasil setiap kali Pek Pelekat mereka dibeli. Hasil kerja mereka akan turut dipersembahkan di seluruh dunia kerana ia akan dikongsi melalui saluran media sosial Viber dan Talenthouse. 10 orang finalis akan menerima geran kewangan bagi menyokong perjalanan kreatif mereka.

Para artis visual, pelukis dan pereka dijemput untuk menghantar kerja asli mereka dan diberi masa sehingga Rabu, 15 April jam 10am GMT untuk memuat naik hasil seni mereka ke: http://www.viber.com/StickyFingers/info.

Fakta Pelekat Viber:

  • 516 juta orang menggunakan Viber di seluruh dunia
  • 500 juta pek pelekat dimuat turun tahun lepas dari Viber Sticker Market
  • Lebih daripada 22 bilion pelekat telah dihantar ke seluruh dunia tahun lepas melalui Viber

“Komuniti Viber sangat gemar menggunakan pelekat dan kami sentiasa mencari artis berbakat untuk bekerjasama,” kata Mark Hardy, CMO Viber. “Idea di sebalik ‘Sticky Fingers’ adalah untuk menonjolkan dan menyokong bakar baru terbaik dari selurh dunia dengan menawarkan mereka peluang menjadikan hasil ciptaan mereka sebagai penerbitan komersial melalui Viber. Perkongsian kita dengan Talenthouse akan memudahkan usaha ini dengan memberi laluan kepada komuniti kreatif dunia.”

Maya Bogle, pengasas bersama Talenthouse berkata: “Talenthouse menyediakan pentas untuk mereka yang kreatif dari seluruh dunia untuk bekerjasama dengan jenama dan ikon.  Peluang kami dengan Viber memberikan para pencipta laluan terus untuk memasarkan dan menjual hasil kerja mereka ke seluruh dunia.”


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *