(SEMASA) WATSONS DALAM DRAMA ‘RAYA NI MESTI KAHWIN’ RAYA INI

bijan 0358_1

Watsons Malaysia sekali lagi menganjurkan kempen Hari Raya istimewa sempena Jualan Mega Malaysia hari ini. Jenama runcit terkemuka produk kesihatan dan kecantikan ini berkerjasama dengan Media Prima, TV3 untuk drama bersiri eksklusif mereka, Raya Ni Mesti Kahwin sebagai sebahagian daripada kempen.

Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menonton drama Raya Ni Mesti Kahwin di TV3, membeli-belah di  stor Watsons dan berpeluang  bertemu bintang  utama  – Nina Iskandar, Amar Asyraf dan Azlee Khairi serta memenangi  hadiah menarik. Di samping itu, Watsons juga  menganjurkan  Jualan Mega Raya  dari 24 Jun – 6 Ogos dengan diskaun sehingga 50% bagi  membantu pelanggan kelihatan ceria, rasa hebat Raya ini.

Bercakap semasa sesi Chit Chat di majlis pelancaran, Pengarah  Pemasaran dan  Pembangunan Watsons Malaysia, Jessica Ng berkata, “Pada setiap tahun penganjuran kempen Raya Watsons, sambutan yang kami terima amat menggalakkan. Tahun lepas, apabila kami melancarkan Azam Raya Bersama Watsons dengan Faizal Tahir, kami telah menggubah sebuah lagu  Raya khas yang  menarik  dan mendapat lebih daripada 130,000 tontonan  di Youtube Watsons Malaysia dalam tempoh kurang  dari sebulan. Kami juga mendapati para pelanggan kami sangat menghargai khidmat nilai tambah yang kami sediakan, jadi, pada tahun ini kami memberi tumpuan kepada persediaan menyambut Raya dan   mendekati   rakyat Malaysia melalui kemeriahan sambutan Raya dengan Watsons.  Kami percaya kempen ini akan menjadikan Hari Raya untuk ramai rakyat Malaysia sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Dengan berbelanja  RM80 dan ke atas semasa tempoh kempen, 1,000 orang pelanggan pertama yang  RSVP akan berpeluang bertemu dan membeli-belah dengan bintang  Raya Ni Mesti Kahwin di tiga stor  terpilih. Selain itu, semasa sesi ‘bertemu dan menyapa’, tiga pemenang bertuah di setiap stor akan memenangi baucar bernilai RM200 untuk membeli-belah dengan bintang drama.

Watsons juga menganjurkan satu peraduan digital bertajuk #watsonssiapanakkahwin di Facebook dan Instagram,  di mana satu (1) pemenang  akan memenangi hadiah utama berupa pakej penginapan 3H2M di Holiday Villa Cherating dan pakej kecantikan untuk dua orang dengan hanya memuat naik  gambar bersama pasangan  ke Facebook Malaysia Watsons atau Instagram dengan  #watsonssiapanakkahwin.

Di majlis pelancaran itu,  bintang  utama  Raya Ni Mesti Kahwin Nina Iskandar, Amar Asyraf dan Azlee Khairi turut hadir untuk berkongsi cerita  penglibatan mereka dalam kempen yang menarik ini dengan Watsons

“Raya Ni Mesti Kahwin, mempunyai jalan cerita yang menarik dan pasti akan menarik minat peminat. Saya melakonkan peranan utama sebagai Nana yang berada dalam dilema apabila kedua-dua teman serumah telah bertunang  dan akan  melangsungkan perkahwinan  tiga minggu selepas Raya. Jadi Nana berjanji kepada dirinya sendiri untuk mencari seorang lelaki idaman dan berkahwin Raya ini. Cerita ini akan membuatkan penonton tertanya-tanya dengan siapa Nana jatuh cinta dalam perjalanannya mencari cinta sejati,” kata Nina. Episod pertama drama bersiri ini akan disiarkan di TV3, Ahad ini, 29 Jun, jam 9.30 malam.

Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kempen ini, Watsons turut menghasilkan empat (4) kapsul satu minit yang akan ditayangkan semasa tayangan drama di sepanjang tempoh siaran di TV3. Kapsul ini menggabungkan unsur kecantikan, penjagaan kulit, kesihatan & penjagaan diri untuk lelaki dan wanita dan juga elemen-elemen penting untuk kelihatan ceria, rasa hebat di Hari Raya.

“Kami mahu menghasilkan satu perkongsian yang bermakna dan mendedikasikan kempen ini kepada para pelanggan kami. Melalui Raya Ni Mesti Kahwin, kami melihat peluang untuk mendekati mereka, terutama semasa rakan dan keluarga berhimpun semasa perayaan, soalan ‘Bila Akan kahwin?’ pasti tidak dapat dielakkan. Kami percaya penonton ingin tahu bagaimana cara untuk menangani soalan seperti ini dan juga apa yang berlaku pada penghujung drama” tambah Jessica.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia,  Kulvinder Birring, Pengurus Besar  – Pengedaran,  Caryn Loh dan Pengawal Pemasaran, Danny Hoh turut hadir dan menyertai Jessica dan bintang drama  Nina Iskandar, Amar Asyraf dan Azlee Khairi di atas pentas untuk majlis menandatangani poster kempen.

Selain itu, pelanggan yang berbelanja RM30 dan ke atas di Watsons akan menerima paket Raya eksklusif secara percuma. Jenama yang mengmbil bahagian dalam kempen ini termasuk Blackmores, Brand’s Innershine, Colgate, Dove, Enchanteur, Garnier Men, Garnier, Gatsby, Gilette, Johnson’s Baby, Himalaya, In2it, KATE Tokyo, Lipice, Maybelline, Nano White, Neutrogena, Nivea, Nur Kasih, Olay, Orang Kampung, Salonpas, Safi, Scott’s, Sendayu Tinggi, Silky Girl, Simplysiti, Syahirah, Vaseline and ZA.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Jualan Mega Raya Watsons sila hubungi  Danny Hoh,  Pengawal Pemasaran  Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd di dannyhoh@watsons.com.my atau Chui-San di chuisan@watsons.com.my atau lawati Facebook Watsons www.facebook.com/watsonsmalaysia/ laman web  rasmi Watsons www.watsons.com.my rasmi. Jangan lupa untuk ‘Like’ laman facebook kami!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *