(SEMASA) Wira-wira Di Sebalik Tabir terima penghargaan dari Domino’s Pizza di Majlis Buka Puasa

Spread the love

Photo 5 (1)

SHAH ALAM, Jun 20, 2016 – Ikhlas membantu, itulah gambaran bagi program komuniti unik oleh Domino’s Pizza. Sempena bulan Ramadan yang penuh kesyukuran, Domino’s Pizza hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa bagi sekumpulan individu yang telah memberi inspirasi kepada Domino’s bagi inisiatif Wira-wira Disebalik Tabir, Unsung Heroes yang dilancarkan baru-baru ini.

Photo 1 (1)
Tetamu khas, Ahmad Faizal, yang merupakan inspirasi utama inisiatif tersebut telah hadir di majlis iftar tersebut. Bekerja sendiri sebagai dispatch atau penghantar barang,  dan menjual Nasi Lemak, Ahmad Faizal mengamalkan prinsip seikhlas hati ketika mencari nafkah. Seorang individu yang prihatin atas keperluan orang lain, Ahmad Faizal adalah teladan bagi seorang wira moden sejati, terutamanya pada hari ini di mana segalanya berlandaskan terma komersil dan materialistik. Bagi meneruskan visi Ahmad Faizal di dalam menyebarkan niat murninya, Domino’s Pizza telah membuat sumbangan kepada badan amal pilihan Ahmad Faizal. Sumbangan ini merupakan yang pertama daripada beberapa kerjasama Domino’s Pizza dalam usaha untuk mewujudkan kesan yang positif di kalangan masyarakat.

Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri oleh insan-insan dari pelbagai lapisan masyarakat, yang terdiri daripada individu luar biasa yang bekerja keras dan lebih masa setiap hari, berkorban serta sentiasa meletakkan keperluan orang lain sebelum kepentingan mereka sendiri bagi menyara keluarga serta berbakti kepada masyarakat. Antara Wira-wira Di Sebalik Tabir, Unsung Heroes yang menghadiri majlis itu ialah ibu tunggal yang melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup, anggota polis dan bomba yang berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira cuaca, anggota keselamatan jiran tetangga, anggota sukarelawan RELA yang berkhidmat untuk masyarakat serta mereka yang memainkan peranan yang bermakna dalam memastikan bandar-bandar dan jalan raya kita bersih.

Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Sempena kita menyambut bulan yang mulia ini, buka puasa hari ini adalah peluang yang baik untuk kita beramal disamping menghargai serta mengiktiraf mereka yang telah menjadi sumber inspirasi kepada kita. Setiap insan-insan ini adalah unik dan kami berharap dengan berkongsi kisah-kisah mereka, ia akan memberi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia serta inspirasi untuk melakukan perubahan yang positif dalam kehidupan mereka.”

“Sebagai entiti yang prihatin, kami sentiasa berusaha untuk memainkan peranan yang aktif dalam menjaga kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai inisiatif yang unik. Kami berharap sumbangan kecil kami hari ini telah membawa keceriaan dan kegembiraan kepada mereka sebagaimana mereka telah berjaya mendapat tempat yang istimewa di hati kami,” tambah Shamsul Amree.

Photo 3

Para tetamu majlis buka puasa tersebut telah dihidangkan dengan set Ramadan Domino’s yang terdiri daripada pelbagai pizza berperisa lazat di samping minuman yang menyegarkan. Bersempena dengan bulan Ramadan, Domino’s menawarkan lebih penjimatan melalui promosi istimewa dengan setiap pembelian tawaran dua pizzanya. Pengunjung dapat menikmati potongan 50% daripada 1.5 liter Lipton Ice Lemon Tea dengan pembelian dua tawaran pizza bermula dari 10:30 pagi hingga 6 petang. Bagi pesanan bawa pulang yang dibuat di antara pukul 6 petang hingga 11 malam, pelanggan akan menikmati penjimatan sebanyak RM3, RM8 dan RM15 dengan pembelian dua pizza biasa, dua pembelian pizza besar dan dua pembelian pizza Xtra besar masing-masing. Bagi meraikan bulan ini, pesanan bawa pulang yang dibuat melalui dalam talian akan menerima minuman Tropicana Frutz 330ml secara percuma.

Selain menjamu tetamu dengan hidangan Domino’s, Domino’s Pizza juga telah menyediakan sumbangan Hari Raya, antaranya termasuk baucar Domino’s dan kuih raya untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Dilancarkan tahun ini oleh Domino’s Pizza, inisiatif Wira-wira Di Sebalik Tabir, Unsung Heroes bermula dengan pendekatan kepada wira-wira dalam masyarakat sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan mereka yang tidak terkira. Usaha komuniti yang aktif berlangsung, Domino’s Pizza akan terus mendekati dan menghargai individu yang layak dalam masyarakat hari ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *