(SEMASA) ZON CERIA KEMBALI UNTUK BELANJA PENDENGAR SETIA!

Spread the love

IMG_9913gmo 700

Jika awal tahun dahulu kami telah menerjah ke restoran-restoran dan belanja anda makan, kali ini bersesuaian dengan kempen Suria Bayarkan di Suria FM, Zon Ceria kembali dengan skala yang lebih besar dan sudah pastinya lebih lazat untuk menghargai para pendengar kami. Istimewanya kali ini, kami akan ke tiga lokasi untuk mengumpul semua pendengar setia Suria FM dan belanja anda makan.

suria murtabaksmall

Destinasi pertama adalah di Lembah Klang dimana kami akan ke Zam Zam Café & Satay Club, Bandar Utama. Diadakan bersempena Hari Malaysia, 16 September 2013 bermula jam 8 malam hingga 10 malam, Suria FM menjemput lebih 1000 orang pendengar untuk datang menikmati Murtabak daging dan ayam Zam Zam yang akan dihidangkan oleh Halim Othman, Linda Onn, Reza Mohamed, Seri Nazira, Bob Ringgo, DJ Lin, Wan Ajaib dan juga Naim Tahak. Disamping menikmati murtabak dan beramah mesra, sesi karaoke terbuka juga akan diadakan untuk mereka yang gemar menyanyi.

Kami sangat berterima kasih kepada semua pendengar Suria FM dan dengan cara ini diharap mampu untuk membalas kesetiaan mereka. Selain daripada kempen Suria Bayarkan keudara, Zon Ceria membawakan Suria FM terus kepada pendengar. Destinasi Zon Ceria yang kedua adalah di Kuala Terengganu pada 21 September 2013. Menerjah kawasan Pantai Timur, Suria FM teruja untuk bertemu dengan semua pendengar disana. Destinasi terakhir Zon Ceria adalah di negeri Jelapang Padi, Kedah. Ia dijadualkan berlangsung pada 28 September ini.

Buat semua pendengar Suria FM, ayuh bersama-sama kami untuk meraikan Zon Ceria di kawasan anda. Teruskan kesetiaan bersama dengan Suria FM dan kami amat berterima kasih kepada anda. Layari www.suriafm.com.my untuk sebarang maklumat mengenai Zon Ceria dan like kami di Facebook serta follow kami di Twitter, @suriafmradio. Suria FM, Menceriakan Poketmu!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *