(SEMASA) Zyllem Realisasikan Penghantaran Saat Akhir di Musim Perayaan Ini

Zyllem_001_1_1_2

Kuala Lumpur, 23 Disember, 2015 – Musim perayaan pada hujung tahun bakal menjelang tiba. Para pengguna nampaknya begitu bersemangat untuk memberi hadiah bagi menceriakan ahli keluarga dan rakan masing-masing. Membeli-belah secara atas talian menggunakan teknologi mudah alih dilihat semakin popular kerana ia menawarkan kemudahan, kelihatan lebih eksklusif dan mampu memberi kejutan kepada penerimanya.

Apabila musim perayaan semakin hampir, banyak tawaran hebat disediakan. Justeru, tempoh puncak untuk aktiviti membeli-belah bakal bermula dari 20 hingga 24 Disember. Namun persoalannya, adakah hadiah-hadiah ini dapat dihantar kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan pembeli tepat pada masanya?

Zyllem, peneraju dalam penyediaan penyelesaian logistik menawarkan perkhidmatan penghantaran yang pantas, boleh dipercayai dan dengan kos yang efisien pada hari yang sama di seluruh Lembah Klang, biarpun ketika tempoh puncak musim perayaan. Para pengguna boleh mengakses perkhidmatan Zyllem di laman sesawang www.zyllem.com/my atau aplikasi Zyllem di iOS atau Android. Kos perkhidmatannya bermula serendah RM9 bagi setiap penghantaran dengan berat barangan mencecah 5kg ke seluruh Lembah Klang.

Rakan-rakan niaga Zyllem seperti BloomThis dan Gundam.my menyedari peluang untuk memenuhi permintaan penghantaran di sekitar Lembah Klang sepanjang musim perayaan ini.  Dengan menggunakan perkhidmatan Zyllem yang mampu menghantar pembelian saat akhir kepada para pelanggan mereka dan sentiasa tepat pada masanya, kapasiti jualan Krismas peniaga-peniaga ini pastinya akan meningkat.

Pengarah Urusan Negara Zyllem Malaysia, Nabil Feisal Bamadhaj memberitahu, syarikatnya menjadi pilihan untuk memenuhi keperluan penghantaran pada saat-saat akhir. Ini kerana pihaknya dapat mengekalkan pembungkusan istimewa para peniaga ketika sampai kepada pelanggan. Inilah yang membezakan mereka dengan pesaing lain dan menjadi aset kepada jenama serta perniagaan masing-masing.

“Zyllem memainkan peranan penting dalam mana-mana perniagaan runcit kerana selain jenama peruncit yang kukuh, pelanggan pada hari ini mengharapkan penghantaran pada hari yang sama. Sama ada untuk pengalaman membeli-belah secara atas talian atau sebaliknya. Menerusi  penyelesaian penghantaran kami, peniaga dapat menjalin hubungan yang lebih erat dengan pelanggan yang seterusnya membentuk kesetiaan terhadap jenama berkenaan,” jelas Nabil.

“Kami mahu para pelanggan mengaitkan Zylem dengan semangat pemberian dan berterima kasih ketika menerima hadiah. Sebabnya, kami akan menghantar hadiah kepada pelanggan dan mereka yang tersayang pada musim perayaan ini,” jelas Nabil.

Dengan menggunakan platform logistik Zyllem, para peniaga atas talian yang terkenal mampu menguruskan pembelian sewaktu musim perayaan dengan lebih mudah dan tenang kerana pembelian itu akan dihantar kepada pelanggan mereka.

BloomThis telah bekerjasama dengan Zyllem untuk memenuhi keperluan penghantaran jambangan bunga mewah pada hari yang sama. Terima kasih kepada rangkaian penghantaran profesional Zyllem yang ekstensif.

“Kami berpegang kepada falsafah bahawa bunga segar adalah yang terbaik untuk mencipta kegembiraan kepada penerimanya. Walaupun kami ada menawarkan perkhidmatan langganan untuk jambangan bunga mewah, kami juga faham bahawa menghantar bunga sebagai hadiah boleh menjadi satu detik yang indah dan adakalanya ia perlu dihantar pada hari yang sama. Keperluan BloomThis terhadap rakan penghantaran yang boleh dipercayai sangat jelas kerana jambangan bunga mewah juga mudah rosak.  Sejak bekerjasama dengan Zyllem, kami mampu menawarkan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama kepada pelanggan. Perniagaan kami nyata berkembang pesat dengan Zyllem,” kata pemilik BloomThis, Cik Penny Choo.

Gundam.My merupakan platform untuk mendapatkan kit model Gundam secara atas talian. Gundam adalah francais media sains fiksyen yang menampilkan robot-robot ‘Mecha’ gergasi. Jutaan peminat Gundam di seluruh dunia sememangnya sangat berminat untuk memiliki, memasang dan cuba melengkapkan sebanyak mungkin model robot mereka.

“Model Gundam adalah satu perniagaan yang khusus dengan asas pelanggan yang sangat berbeza. Musim perayaan merupakan tempoh paling sibuk bagi kami kerana para pelanggan membeli model-model robot untuk diri mereka sendiri atau dihadiahkan kepada yang tersayang. Kami menjangkakan jualan akan memuncak sebelum Krismas. Namun, kami tidak risau kerana Zyllem terbukti mampu menghantar barangan ini kepada para pelanggan dengan pantas dan profesional,” kata pemilik Gundam.MY, Encik Lai Heng Choong.

“Untuk musim perayaan ini, yakini Zyllem untuk memastikan pembelian saat akhir dapat dihantar kepada anda dan yang tersayang di seluruh Lembah Klang. Jadi Santa Claus, anda boleh berehat dan bertenang, kami disini untuk membantu anda!” kata Nabil.

Mengenai Zyllem

Ditubuhkan pada tahun 2013, Zyllem memasuki pasaran logistik Singapura sebagai sebuah syarikat startup tempatan yang inovatif. Ia menyediakan satu platform canggih yang menghubung serta memberi akses kepada pelbagai rangkaian  kurier dengan lancar. Hari ini, Zyllem merupakan peneraju dalam bidang penghantaran kepada pengguna akhir. Ia juga bertanggungjawab dalam membangunkan platform-platform teknologi logistik yang paling maju di  rantau ini.

Boleh diakses secara dalam talian dan peranti mudah alih, kami menghubungkan rangkaian penyedia perkhidmatan logistik di pasaran dengan perniagaan dan orang perseorangan. Kami menawarkan perkhidmatan penghantaran yang pantas, kos efisien dan boleh dipercayai pada hari yang sama. Pada tahun 2015, Zyllem mengembangkan operasinya di Singapura ke Malaysia dan Filipina. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.zyllem.com.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *