(SUKAN) ASTRO BAWA LIPUTAN MENYELURUH UNTUK SUKAN OLIMPIK BELIA 2014 NANJING

Spread the love

nanjing

Seiring dengan tahun 2014 yang padat dengan pelbagai acara sukan di seluruh dunia, kini Astro dengan berbesar hati akan membawakan satu lagi acara sukan berprestij iaitu Sukan Olimpik Belia 2014 secara langsung dan menyeluruh melalui platform televisyen dan Astro on the Go. Acara sukan yang diadakan di Nanjing, China ini dijadualkan berlangsung bermula dari 16 hingga 28 Ogos 2014.

Untuk pertama kalinya, pelanggan Astro yang melanggan Pek Sukan dan Superpack boleh menonton Sukan Olimpik Belia 2014 Nanjing melalui saluran khusus yang terdiri daripada dua saluran berdefinisi standard (SD) iaitu saluran 820 dan 821 serta dua saluran berdefini tinggi (HD) iaitu saluran 840 dan 841. Acara sukan ini juga boleh ditonton dalam dua saluran dedikasi berikut menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro on the Go.

Astro turut memberi peluang buat semua pelanggan Astro untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih menerusi Astro Arena Saluran 801.

Sukan Olimpik Belia merupakan acara sukan elit untuk golongan belia dan ianya berbeza dari acara sukan yang lain di mana ia tidak hanya menumpukan pada acara sukan, malah menerapkan nilai integrasi budaya yang unik dan program pendidikan merangkumi elemen Olympism, tanggungjawab social, pembangunan kemahiran, ekspresi, kesejahteraan dan gaya hidup sihat. Sukan Olimpik Belia diadakan pada setiap empat tahun sekali di mana Nanjing merupakan penganjur bagi Sukan Olimpik Belia Musim Panas yang kedua. Acara sukan berprestij ini mengumpulkan barisan atlet muda dari serata dunia yang berumur dari 15 hingga 18 tahun. Tahun ini akan menyaksikan lebih 3,500 barisan atlet  mengambil bahagian 28 acara sukan yang pelbagai.

Saksikan kemeriahan Upacara Pembukaan secara langsung pada 16 Ogos 2014, jam 7.55 malam dan sorotan acara-acara sukan secara langsung dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari menerusi saluran-saluran khusus yang disediakan serta Upacara Penutupan Sukan Olimpik Belia 2014 Nanjing yang turut dibawakan secara langsung pada 28 Ogos 2014, jam 7.55 malam.

 

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 03-9543 3838.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *