(SUKAN) ASTRO PERLUASKAN PROGRAM KEM BOLA KE NEGARA –NEGARA ASEAN

Spread the love

photo-1

Kuala Lumpur, 13 September 2016 – Astro, menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)  di bawah naungan Astro Kasih meneruskan komitmennya dalam mempertingkatkan lagi mutu bola sepak Malaysia melalui Astro Kem Bola.Tahun ini merupakan tahun kelima penganjuran Astro Kem Bola yang mencatatkan rekod penyertaan  12,000 kanak- kanak berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun.  Sepanjang empat tahun lalu,  150 peserta telah menjalai latihan intensif yang dikendalikan oleh kelab-kelab bola sepak terkemuka di Eropah.

photo-2Pada tahun ini, Astro Kem Bola mengambil inisiatif untuk melebarkan empayar program ini merentasi seluruh rantau Asia termasuklah ke Singapura dan Filipina melalui kerjasama StarHub, Persatuan Bola Sepak Singaputa (FAS) dan Globe Telecom. 21 pemain bola sepak yang berbakat dari Singapura dan Filipina telah terpilih untuk melaksanakan sesi latihan di Kuala Lumpur.

Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata,  “Astro sentiasa komited untuk memartabatkan lagi program-program sukan untuk rakyat Malaysia. Kami menawarkan siaran kandungan sukan terbaik dan paling komprehensif peringkat global dan tempatan untuk semua peminat sukan di Malaysia secara langsung. Melalui rancangan-rancangan yang disiarkan di kaca TV, kami menyambung usaha ini melalui program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti Astro Kem Bola dan Kem Badminton Astro bagi memupuk lagi semangat kesukanan. Kami amat gembira untuk menjadikan program sebegini sebagai salah satu platform pembangunan sukan diperingkat antarabangsa untuk menyediakan landasan bagi kanak-kanak yang berbakat dalam bidang yang diminati untuk mencapai impian mereka”

photo-4Menurut Lee Soo Hui, Ketua Kandungan dan TV  StarHub,   “Astro Kasih telah melaksanakan sebuah program yang sangat bagus seperti Astro Kem Bola dan kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan mereka dan juga Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) buat pertama kalinya melahirkan  sebuah program yang bermakna ini kepada pemain bola sepak muda Singapura. Astro Kem Bola adalah sebuah program yang dapat mengasah  dan  menyokong bakat bola sepak terang kami dalam mempertingkatkan lagi semangat kesukanan untuk mencapai impian mereka.

Menurut Ernest Cu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Globe Telecom,  “Kami amat berbangga kerana dapat menjalinkan kerjasama ini dengan pihak Astro sebagai rakan kongsi di Filipina. Dengan adanya kerjasama sebegini, pihak kami turut membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak muda berbakat di Filipina yang mahu mengasah lagi kemahiran dan mencapai impian mereka. Melalui platform sukan sebegini, kami berharap agar dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan organisasi-organisasi lain untuk membantu meningkatkan lagi taraf kehidupan belia terutamanya yang dipinggirkan dan inilah peluang untuk mempamerkan bakat mereka. “

photo-3Seramai 72 kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki yang berumur antara 10 hingga 12 tahun telah dipilih melalui bengkel latihan bola sepak yang diadakan di Malaysia, Singapura dan Filipina untuk berlatih di Kuala Lumpur. Seterusnya, 32 pemain muda akan mendapat peluang untuk berlatih di bawah salah satu kelab bola sepak paling berjaya di Eropah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *