Sempena perlumbaan siri BELI TIKET KE PUSINGAN MALAYSIA SUPER GT DAN BERPELUANG UNTUK MENANGI SEBUAH GR SUPRA BERNILAI RM650,000!yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Petronas dari 26 hingga 28 Jun, para peminat sukan permotoran berpeluang memenangi sebuah GR Supra baharu bernilai RM650,000.
Hadiah cabutan bertuah eksklusif ini dibawakan oleh HARO Sports & Entertainment selaku pemegang hak dan penganjur rasmi pusingan Malaysia SUPER GT, bersama Mastercard, Rakan Pembayaran dan Pengalaman Rasmi.
Pemegang tiket layak menyertai cabutan bertuah apabila membeli mana-mana tiket berikut dengan Mastercard bermula 1 Jun hingga 28 Jun: Main Grandstand (RM250); GT Suite (RM350); GT Live! Rock Zone (RM500); GT Club Paddock (RM2,000); dan Pakej Eksklusif Experience, Ultimate dan Dream (bermula dari RM5,000). Pembeli tiket K1 Grandstand tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.
“Hadiah cabutan bertuah GR Supra ini merupakan peluang sekali seumur hidup sempena kepulangan SUPER GT ke Malaysia selepas 12 tahun. Ia tidak akan menjadi kenyataan tanpa kerjasama rakan kongsi seperti Mastercard,” kata Fahrizal Hasan, Rakan Kongsi Pengurusan HARO Sports & Entertainment.
Nama pemenang akan diumumkan secara langsung di atas pentas di hadapan penonton selepas perlumbaan semasa Konsert GT Live!
Pengunjung Festival SUPER GT Malaysia bakal menikmati hujung minggu perlumbaan yang epik kerana satu tiket perlumbaan juga memberi akses kepada sebuah festival besar-besaran yang turut menampilkan pesta makanan dan budaya Jepun.
“SUPER GT Malaysia Festival bukan sekadar perlumbaan. Ia merupakan acara yang pasti menghiburkan semua golongan. Dari pameran automotif ke pesta budaya Jepun, perhimpunan kereta JDM hingga ke konsert GT Live! selepas perlumbaan — apa jua minat anda, satu tiket memberi akses kepada semua pengalaman menarik ini.”
Dengan penambahan konsert GT Live! selepas perlumbaan, HARO teruja untuk memperkenalkan sensasi media sosial terhangat dari Indonesia kepada para penonton. Lagu viral “Garam & Madu (Sakit Dadaku)” akan dipersembahkan secara langsung oleh trio popular Tenxi, Naykilla & Jemsii (TNJ).
TNJ dari Indonesia akan menjadi artis utama GT Live! bersama kumpulan wanita J-Pop dan M-Pop terkenal KLP48 serta bakat muzik generasi baharu Malaysia — FAREEDpf K-CLIQUE, Sabhi Saddi dan Kaka Azraff.
Menjadikan semua ini kenyataan ialah UMW Toyota Motor dan Toyota GAZOO Racing Malaysia, yang tampil sebagai Penaja Utama SUPER GT Malaysia Festival 2025.
Festival ini juga akan menjadi tuan rumah kepada Pusingan 2 Toyota GAZOO Racing Vios Challenge Musim ke-8, siri perlumbaan satu model popular yang menampilkan pemandu profesional, amatur dan bakat muda dengan jentera Toyota Vios yang disediakan sama rata. Ia merupakan sorotan sukan permotoran akar umbi di Malaysia yang memfokuskan kepada kemahiran dan teknik perlumbaan pemandu.
Penonton turut boleh menikmati perlumbaan Vios Challenge, pameran kenderaan Toyota dan GAZOO Racing, zon peminat, simulator perlumbaan, pandu uji, jualan barangan rasmi dan kemunculan duta serta pemandu GAZOO Racing.
SUPER GT Malaysia Festival 2025 juga mengalu-alukan Bridgestone sebagai Pembekal Tayar Rasmi bagi penganjuran sulung GR86 Cup Malaysia Series yang menampilkan model coupe sport terbaharu Toyota GR86. Siri ini akan memulakan kemunculannya sebagai perlumbaan sokongan dengan dua perlumbaan 10 pusingan semasa pusingan Malaysia siri SUPER GT 2025, dan dua lagi pusingan akan diadakan tahun ini, semuanya di Litar Antarabangsa Sepang Petronas.
Dalam kehangatan aksi GT500 dan GT300 dalam perlumbaan utama AUTOBACS SUPER GT, dua pelumba wildcard dari Malaysia — Jazeman Jaafar dan Adrian D’Silva — akan mewakili negara dalam Kelas GT300. Jazeman akan bergandingan dengan pelumba Cina-Amerika, Kerong Li, memandu Aston Martin EBM Aston Martin Vantage GT3 EVO, manakala D’Silva akan memacu jentera kedua bersama Earl Bamber.
“Saya rasa sangat bangga dan terhormat mewakili Malaysia sebagai salah seorang daripada hanya dua pelumba tempatan yang bersaing dalam Super GT. Acara ini merupakan pencapaian besar bagi saya kerana ia juga merupakan penampilan sulung saya dalam kejuaraan berprestij ini, sesuatu yang asalnya dirancang sejak 2020,” kata Jazeman.
“Kini dengan peluang ini akhirnya tiba, saya sangat yakin dengan pakej yang kami telah sediakan. Saya akan bergilir-gilir memandu bersama Li, dan pasukan telah bekerja keras untuk bersedia, saya yakin kami mampu bersaing.”
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) turut menyokong SUPER GT dan akan membuka gerai jualan barangan rasmi SAMURAI BLUE seperti jersi replika, skarf tuala dan baju happi tradisional Jepun, dengan objektif mempromosi pasukan kebangsaan Jepun yang merupakan antara terbaik di Asia serta merapatkan hubungan dengan peminat bola sepak Asia.
SUPER GT Malaysia Festival 2025 diadakan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Visit Selangor 2025, serta disokong oleh Tourism Malaysia dan Tourism Selangor.
Untuk membeli tiket atau mendapatkan maklumat lanjut tentang SUPER GT Malaysia, layari www.supergtmalaysia.com. Anda juga boleh menyertai festival pratonton SUPER GT Malaysia yang akan diadakan di Sungei Wang Plaza (29 Mei–1 Jun, 6–8 Jun) dan Lot 10 (3–5 Jun) serta mengambil bahagian dalam permainan interaktif untuk memenangi tiket dan barangan eksklusif menarik.
