(SUKAN) Cabaran Dew Xtreme 2013 Mountain Dew

P1000888

Masa untuk menghidupkan semangat Dew anda telah tiba kerana Dew Challenge kini kembali dengan ujian ketahanan yang lebih mencabar yang pastinya menggetarkan adrenalin anda – namun kali ini, cabarannya bukan sekadar di daratan, malah di laut dan udara. Dianjurkan oleh Mountain Dew, edisi Cabaran Dew Xtreme tahun ini bakal membawa kepuasan ke tahap baru dengan peserta-peserta dibawa untuk mengatasi cabaran-cabaran ke seluruh negara di dalam sebuah acara satu-hari yang menyeronokkan, di samping menawarkan hadiah-hadiah hebat kepada para peserta.

Sertai Cabaran Dew dan ketahui tahap kelasakan anda.

Kelainan pada acara tahun ini adalah dimana keriangannya bermula sebelum pertandingan akhir kerana Mountain Dew telah menetapkan tujuh lokasi pertandingan di beberapa wilayah. Pemenang-pemenang ujian, termasuk mereka yang dipilih secara dalam talian akan layak untuk ke peringkat akhir, dimana mereka akan berentap dengan pemenang-pemenang wilayah lain.

Secara keseluruhannya, seramai 70 peserta akhir akan dipilih untuk peringkat akhir Cabaran Dew Xtreme yang bakal diadakan di Berjaya Times Square pada 14 Disember 2013. Peserta-peserta yang kurang kualiti ‘Dew’ seperti keberanian, kepantasan dan kercerdasan akan disingkirkan sehingga hanya dua peserta akhir yang tinggal.

Dua peserta akhir tersebut akan berentap dalam beberapa cabaran untuk menentukan pemenang. Cabaran Dew Xtreme bukan hanya menyediakan cabaran yang lasak, ia juga menawarkan hadiah hebat bernilai sehingga RM250,000. Pemenang Hadiah Utama akan memandu pulang sebuah trak 4×4 Chevrolet Colorado manakala hadiah untuk naib juara tidak kurang hebatnya, iaitu sebuah Chevrolet Sonic. Hadiah bernilai lebih RM150,000 telah diberikan dalam Cabaran tahun lepas, jadi tahun ini bakal menyaksikan pemenang-pemenang utama dan para peserta pulang dengan lebih banyak hadiah!

Pertandingan yang pertama seumpamanya dan pastinya mendebarkan, Dew Challenge: Cabaran Dew Xtreme 2013 adalah kesinambungan kepada acara Extreme Ride yang telah diadakan pada tahun 2012, yang menyaksikan Mohd Khairil Izwan berjaya menumpaskan 19 peserta lain untuk muncul juara dan memandu pulang sebuah trak 4×4 Chevrolet Colorado 2.8 (M) Adventure Edition. Edisi pertama bermula pada tahun 2011 dengan Traindewmonium, dimana Fung Yoke Yan telah berjaya menggondol Hadiah Utama selepas mengalahkan lawannya dalam cabaran 15-jam di dalam perjalanan keretapi pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Butterworth dan di pertandingan akhir yang diadakan di KL Sentral

“Cabaran tahun ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia kerana para peserta akan diuji dari segi ketahanan, kepantasan dan kemahiran ketika berada tinggi di udara, di laut dan di daratan,” kata Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permanis, Hemalatha Ragavan.

Beliau menambah bahawa para peserta perlu mantap dari segi fizikal dan mental kerana Mountain Dew telah menetapkan ujian yang amat mencabar di kedua-dua lokasi peringkat serantau dan peringkat akhir.

“Kami sentiasa mengadakan Cabaran ini selari dengan kedudukan Mountain Dew sebagai minuman untuk mereka yang penuh bertenaga dan gaya Xtreme, jadi para peserta perlu menonjolkan kualiti yang sama selain memiliki tulang besi urat dawai, ketangkasan dan ketajaman minda.”

Bagi yang berminat untuk menyertai cabaran di peringkat serantau boleh mendaftar melalui Facebook atau nantikan pasukan Cabaran Dew Xtreme di kolej dan universiti di seluruh Semenanjung Malaysia. Mereka juga boleh menghadirkan diri ke salah satu daripada tujuh lokasi cabaran, daftarkan diri dan lakukan Cabaran Dew. Tetapi ingat, cara terbaik untuk menempah tempat anda adalah melalui dalam talian kerana penyertaan adalah terhad.

Tarikh dan lokasi cabaran-cabaran awal adalah seperti berikut:

  • 28-29 September : Dataran Pahlawan Megamall, Melaka
  • 5-6 Oktober: Gurney Paragon, Pulau Pinang
  • 12-13 Oktober: Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
  • 19-20 Oktober: Berjaya Megamall, Kuantan
  • 26-27 Oktober: City Square, Johor Bahru
  • 9-10 November: The Curve, Selangor
  • 15-16 November: Alor Star Mall, Kedah

Seperti Cabaran tahun lalu, ujian-ujian ekstrem dan pelbagai aktiviti lain akan turut diadakan untuk orang ramai di Persiaran Berjaya Times Square pada hari pertandingan peringkat akhir Cabaran, iaitu 14 Disember 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Mountain Dew Malaysia di facebook.com/MountainDewMalaysia.

Daftar sekarang dan Do the Dew!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *