(SUKAN) HyppTV bekerjasama dengan Huawei untuk memberikan pengalaman tontonan berkualiti 4K pertama kepada para penonton bagi menyaksikan Sukan Olimpik Rio 2016

lowresTelekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, hari ini mencatat sejarah bagi perkhidmatan televisyen dengan menayangkan Sukan Olimpik Rio 2016 dalam kualiti 4K, yang pertama di Malaysia, dalam satu majlis khas di Sunway Pyramid, rakan lokasi rasmi bagi pameran tersebut. Acara ini diadakan untuk mempertontonkan inovasi HyppTV dalam bidang penyiaran TV, bersama dengan rakan teknologinya, Huawei.

Teknologi 4K ini bakal dipancarkan di kaca TV rakyat Malaysia tidak lama lagi. Semua ini direalisasikan menerusi keupayaan perkhidmatan jalur lebar UniFi dan teknologi Huawei pada rangkaian IPTV perkhidmatan tersebut.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM dan Abraham Liu, Ketua Pegawai Eksekutif, Huawei Malaysia.

Bercakap di majlis tersebut, Tan Sri Zamzamzairani berkata, “Sebagai Peneraju Konvergens negara, TM amat teruja untuk menjadi Pengendali TV pertama di Malaysia untuk menawarkan kandungan hiburan premium yang dipertingkatkan dan bertaraf dunia dengan kualiti siaran 4K kepada pelanggan kami, justeru meningkatkan lagi penawaran kandungan hiburan kami dan yang lebih penting, menyediakan pengalaman tontonan yang dipertingkatkan buat para pelanggan HyppTV tidak lama lagi. Pengalaman tontonan ini dapat dinikmati dengan kestabilan dan fleksibiliti rangkaian fiber optik UniFi serta sokongan teknikal daripada Huawei dalam bidang teknologi penyiaran yang terkini.”

 “Sebagai penyiar IPTV rasmi di Malaysia bagi Sukan Olimpik Rio 2016 menerusi HyppSports HD, HyppTV merupakan penyedia perkhidmatan TV pertama di Malaysia yang mampu menayangkan acara Sukan tersebut dalam kualiti 4K. Jadi, kami amat teruja untuk menawarkan pengalaman tontonan unik ini kepada orang ramai buat pertama kalinya di Sunway Pyramid sepanjang berlansungnya acara Sukan ini bermula dari 9 Ogos sehingga 23 Ogos,” tambah beliau.

Sementara itu, Abraham Liu, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menyokong TM dalam membawakan siaran Sukan Olimpik Rio 2016 dengan kualiti 4K buat penonton di Malaysia. TM adalah pembekal perkhidmatan IPTV yang terkemuka di Malaysia dan majlis hari ini menyaksikan TM membawa satu gelombang revolusi baharu dalam penyiaran hiburan dan video di negara ini. Sebagai rakan usahasama strategik jangka panjang TM, Huawei akan terus memanfaatkan keupayaan inovasi dan pengalaman global kami untuk menyediakan perkhidmatan penyiaran yang terbaik kepada pelanggan TM.”

Pelanggan HyppTV kini boleh menikmati kualiti format siaran TV secara langsung serta kandungan Video-On-Demand (VOD) sehingga 1080 piksel Berdefinisi Tinggi (HD). Kualiti tontonan 4K (Ultra-HD) dengan resolusi 3840 x 2160 (kira-kira 8.2 juta piksel) adalah empat kali ganda daripada kualiti standard bagi TV HD penuh (1080p) yang digunakan oleh TV  biasa atau pada telefon pintar masa ini. HyppTV kini sedang bekerjasama dengan Huawei sebagai rakan teknologi untuk membangunkan keupayaan penyiaran 4K dan akan membawa masuk pelbagai kandungan hiburan bertaraf antarabangsa dengan kualiti Ultra HD. Dengan usaha-usaha ini, pelanggan HyppTV tidak lama lagi akan menikmati kandungan premium dengan perincian gambar terbaik, imej hidup, kadar bingkai visual (frame rates) lebih tinggi dan kualiti bunyi yang lebih baik.

Sebagai penyiar IPTV rasmi bagi Sukan Olimpik Rio 2016 melalui HyppSports HD, pelanggan HyppTV secara berbayar dan premium akan menikmati kesemua 42 acara di Rio 2016  menerusi tujuh (7) saluran langsung khas di saluran HyppSports HD Rio 2016 (Saluran HyppTV 720-726) bermula 21 Julai sehingga 2 September 2016 seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

7 saluran HyppTV tersebut adalah seperti berikut:

  1. HyppSports HD – Rio 2016 1 Saluran 720
  2. HyppSports HD – Rio 2016 2 Saluran 721
  3. HyppSports HD – Rio 2016 3 Saluran 722
  4. HyppSports HD – Rio 2016 4 Saluran 723
  5. HyppSports HD – Rio 2016 5 Saluran 724
  6. HyppSports HD – Rio 2016 6 Saluran 725­­
  7. HyppSports HD – Rio 2016 7 Saluran 726

Pelanggan juga boleh menikmati Saluran Interaktif HyppTV untuk menonton semula acara Sukan Olimpik Rio 2016. Hanya tekan butang i pada alat kawalan jauh HyppTV anda untuk menonton.

Bertepatan dengan janjinya ‘Hidup Lebih Mudah’, seluruh rakyat Malaysia kini boleh menikmati siaran Sukan Olimpik Rio 2016 SECARA LANGSUNG dan PERCUMA dengan memuat turun aplikasi HyppTV Everywhere. Aplikasi ini boleh didapati tanpa sebarang kos di Google Play dan App Store dan memerlukan pendaftaran mudah dalam aplikasi melalui nombor telefon bimbit atau akaun Facebook. Selain daripada Sukan Olimpik, pelanggan juga boleh menikmati semua saluran percuma di platform HyppTV walaupun ketika berada di luar rumah.

Untuk perkembangan terkini secara langsung dan eksklusif dari Rio dan untuk menyaksikan acara sukan yang bersejarah ini, ikuti kami di akaun rasmi twitter Team Malaysia, @TeamMsia dan laman Facebook rasmi www.facebook.com/TeamMalaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Sukan Olimpik Rio 2016 di HyppTV, sila layari www.tm.com.my/Rio2016.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 114 saluran dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 45 saluran premium, 33 saluran percuma, 5 saluran Radio, 8 saluran Video-On-Demand dan 23 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati himpunan kandungan hiburan bertaraf dunia melalui HyppTV Everywhere atau HyppPlay, saluran Video-On-Demand yang menawarkan siri-siri kandungan yang boleh didapati di HyppTV untuk tontonan secara santai.

Untuk maklumat lanjut layari www.tm.com.my/hypptv atau layari laman media sosial kami di www.facebook.com.my/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), dan www.instagram.com/hyppworld (Instagram).

HyppTV 4K Experience Showcase in conjunction with Rio 2016 Olympic Games

Date: 9th – 23rd August 2016
Venue : Water Feature Area, Ground Floor, Sunway Pyramid
Time: 10 AM – 10 PM

Date Olympic Contents Showcase
9/8/2016

 

Opening Ceremony
JUDO: W 48Kg & M 60Kg, Repechages, Semifinals, & Finals
JUDO: W 52Kg & M 66Kg, Repechages, Semifinals & Finals
10/8/2016 JUDO: W 57Kg & M 73Kg, Repechages, Semifinals & Finals
11/8/2016

 

 

 

Swimming: Heats, M 100m Freestyle, W 200m Butterfly, M 200m Breaststroke, M 4x200m Freestyle
JUDO: W 63Kg & M 81Kg, Repechages, Semifinals & Finals
Swimming: Finals, W 200m Freestyle, M 200m Butterfly, W 200m Ind. Medley, M 4x200m Freestyle
12/8/2016

 

 

Swimming: Heats, W 100m Freestyle, M 200m Backstroke, W 200m Breaststroke, M 200m Ind. Medley, W 4x200m Freestyle
Swimming: Finals, M 200m Breaststroke, W 200m Butterfly, M 100m Freestyle, W 4x200m Freestyle
13/8/2016

 

Swimming: Heats, M 50m Freestyle, W 800m Freestyle, M 100m Butterfly, W 200m Backstroke
Swimming: Finals, W 200m Freestyle, M 200m Butterfly, W 200m Ind. Medley, M 4x200m Freestyle
14/8/2016

 

Swimming: Heats, W 50m Freestyle, M 1500m Freestyle, W 4×100 Medley, M 4x100m Medley
Swimming: Finals, W 200m Breaststroke, M 200m Backstroke, M 200m Ind. Medley, W 100m Freestyle
15/8/2016

 

 

Athletics: M Discus Final, W 400m Round 1, M 100m Round 1
Athletics: M 400m Semi-finals, M Long Jump Final, W 100m Semi-finals, M 10,000m Finals, M 800m Semi-finals, W 100m Final
Swimming: Finals, W 200m Backstroke, M 100m Butterfly, W 800m Freestyle, M 50m Freestyle
16/8/2016 Athletics: W 400m Semi-finals, W Triple Jump Final, M 100m Semi-finals, W 1500m Semi-finals, M 400m Final, M 100m Final
17/8/2016

 

 

Athletics: W 200m Round 1, M 3,000m Steeplechase Round 1, W Hammer Throw Final,  M 3,000m Steeplechase Final, M 400m Hurdles Round 1
Athletics: M Pole Vault Final, M 110m Hurdles Round 1, W 400m Hurdles Round 1, M 800m Final, W 400m Final
18/8/2016

 

Athletics: W 5,000m Round 1, M Triple Jump, M 1500m Round 1, W 100m Hurdles Round 1, W Discus Final, M 200m Round 1
Athletics: M High Jump, M 110m Hurdles Semi-Finals, W 400m Hurdles Semi-finals, M 400m Hurdles Semi-finals, W 200m Semi-finals, M 1500m Final, M 110m Hurdles Final
19/8/2016

 

 

 

Athletics: M 500m Round 1, W 800m Round 1, M 3,000m Steeplechase Final
Basketball: M Quarterfinal 2
Athletics: W 110m Hurdles Semi-finals, W Long Jump Final, M 200m Semi-finals, W 200m Final, W 100m Hurdles Final
Basketball: M Quarterfinal 4
20/8/2016 Basketball: W Semi-final 1
Basketball: W Semi-final 2
21/8/2016 Basketball: M Semi-final 1
Basketball: M Semi-final 2
22/8/2016

 

Basketball: W Bronze medal
Football: M Gold Medal
Basketball: W Gold Medal
23/8/2016

 

Basketball: M Bronze medal
Basketball: M Gold Medal
Closing Ceremony

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *