(SUKAN) Keputusan Piala AFC 2013

Spread the love

598816_569445086408439_1193091409_n

KUALA LUMPUR 13 Mac – Penyerang dari Australia, Dimitrios Petratos membantu Kelantan kembali ke dalam persaingan Piala AFC apabila menjaringkan dua gol untuk pasukannya menang 3-1 ke atas juara Myanmar, Ayeyawady United di Yangon malam ini.

Ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi meletakkan pasukan pelawat di depan hanya dua minit perlawanan bermula di Youth Training Centre sebelum Petratos mengukuhkan kedudukan pada awal babak kedua.

Pemain tengah dari Slovenia, Dominik Bersnjak merapatkan kedudukan ketika pertemuan berbaki 11 minit tetapi bekas pemain Sydney FC, Petratos menjaringkan gol keduanya seminit kemudian.

Ini merupakan kemenangan pertama skuad Red Warriors dalam Kumpulan G selepas hanya seri 1-1 dengan wakil Maldives, Maziya pada perlawanan pembukaan mereka minggu lepas.

Kemenangan itu sekali gus melunaskan dendam kekalahan 3-1 Red Warriors kepada Ayeyawady dalam kejohanan ini di gelanggang yang sama tahun lalu.

Kejayaan itu meletakkan Kelantan, juara tiga piala tempatan musim lalu, di tempat kedua Kumpulan G.

Mereka berada dua mata di belakang SHB Da Nang, yang menewaskan Maziya 3-2 dalam satu lagi perlawanan. – AGENSI

kredit foto : theredwarriorfc.com

Piala AFC: Selangor gagal jinakkan Tampines

SHAH ALAM 13 Mac – Kerapuhan di bahagian pertahanan menghalang impian Selangor meraih kemenangan sulung dalam saingan Piala AFC apabila sekadar seri dengan kelab Singapura, Tampines Rovers 3-3 di Stadium Shah Alam malam ini.

Walaupun mendahului tiga kali, anak-anak buah Irfan Bakti gagal mengekalkan fokus tiap kali memimpin perlawanan, yang membuka ruang kepada lawan memperoleh jaringan, sekali gus menyukarkan laluan Selangor untuk layak ke peringkat seterusnya.

Keputusan seri itu bermakna Selangor dan Tampines sekadar berkongsi satu mata untuk mengisi dua tangga terbawah Kumpulan H selepas dua perlawanan.

Dua tempat pertama dihuni oleh wakil Vietnam, Sai Gon Xuen Thanh dengan empat mata, berkongsi dengan East Bengal dari India.

Dalam perlawanan malam ini, Red Giants mendahului ketika perlawanan berusia lapan minit menerusi jaringan Francis Forkey Doe namun kedudukan kembali seimbang sembilan minit kemudian apabila penyerang veteran, Aleksandar Duric menghasilkan gol untuk pasukan dari Singapura itu.

Selangor kembali mendahului beberapa minit selepas rehat menerusi Mohd. Amri Yahyah tetapi kegembiraan pasukan tuan rumah tidak bertahan lama apabila Mohd. Imran Sahib mengikat perlawanan dengan jaringan pada minit ke-48.

Pada minit ke-53, tuan rumah menerima sepakan penalti, setelah Amri dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Mustafic Fahrudin, yang disempurnakan dengan mudah oleh Forkey Doe.

Bagaimanapun, impian Selangor meraih kemenangan sulung pudar apabila Tampines menyamakan kedudukan buat kali ketiga apabila sepakan sudut Shaiful Esah pada minit ke-71 ditanduk cantik oleh Yamashita Kunihiro. – UTUSAN

kredit artikel : utusan/agensi

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *