(SUKAN) Koo Kien Keat & Tan Boon Heong Berpecah ?

Spread the love

JODOH Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mungkin bertahan selama tiga bulan lagi kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu melakukan perubahan secara perlahan-lahan.

Begitupun segala-galanya bergantung kepada Mesyuarat Ahli Majlis pada 19 September ini selepas mengambil kira keputusan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T).

Semalam, Pengerusi C&T Ng Chin Chai bersama Pengurus Besar BAM Kenny Goh mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Kien Keat dan Boon Heong secara berasingan, menerang dan mendapatkan maklum balas daripada kedua-dua pemain mengenai aspek positif dan negatif mereka terus bersama atau dipisahkan.

“Pertemuan hari ini (semalam) cukup baik, Kien Keat mendengar dan memberi maklum balas kepada saya dan Chin Chai. Selepas mendapat penjelasan dari kami, Kien Keat sedia menerima apa juga keputusan mesyuarat Majlis,” kata Kenny di pejabat BAM semalam.

Kenny yang enggan mendedahkan usul sebenar yang akan dibawa kepada Ahli Majlis mengenai cadangan memisahkan gandingan itu berkata Kien Keat menerima dengan baik setiap alasan dikemukakan.

Pada mesyuarat C&T Sabtu lalu, Kenny berkata, beliau dan Chin Chai akan bertemu dengan Kien Keat serta Boon Heong sekali lagi sebelum membawa cadangan kepada Ahli Majlis 19 September ini dan semuanya kelihatan lancar pada pertemuan semalam.

Gandingan Kien Keat-Boon Heong masih berbisa jika dibandingkan dengan beregu negara yang lain namun mereka bagaikan tiada lagi sentuhan di pentas antarabangsa.

Justeru BAM berhasrat melakukan eksperimen dengan menggandingkan mereka dengan pasangan baru ketika ketiadaan kejohanan besar dalam jangka pendek.

Sebelum ini, jurulatih Tan Kim Her mencadangkan untuk menggandingkan Boon Heong dengan Goh V Shem serta Kien Keat-Lim Khim Wah untuk kejohanan berstatus GP Emas, sementara gandingan asal Kien Keat-Boon Heong kekal di kejohanan berstatus Siri Super.

sumber artikel : mymetro

sumber gambar : google


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *