(SUKAN) Larian amal Feel Good Run 2013 sempena sambutan 15 tahun ntv7

Spread the love

FGR 2013 LOGO2small

Tidak hairan jika rakyat Malaysia memilih untuk menikmati makan malam dan terus merehatkan diri di atas sofa sehingga terlena selepas seharian bekerja berbanding melakukan aktiviti fizikal mahupun beriadah. Pelbagai alasan diberikan rata-rata mereka yang menjalani gaya hidup yang kurang sihat ini. Oleh sebab itulah, ntv7 cuba untuk menggalakkan masyarakat hari ini untuk mengubah cara hidup mereka ke arah yang lebih sihat dan ceria. Menurut Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 2011, 15.1% daripada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mengalami masalah obesiti. Malah sehingga kini sebanyak 75% daripada kita tidak meletakkan kepentingan untuk bersenam sebagai sebahagian daripada rutin harian. Inilah antara sebab utama, Saluran Ceria Anda mengambil peluang untuk mempromosi usaha murni ini untuk meneruskan acara larian amal Feel Good Run 2013 yang kini memasuki tahun ketiganya untuk menyebarkan keceriaan di sambil memastikan masyarakat mengamalkan amalan hidup sihat.

Celebrities @ Feel Good Run 2013 PC

Bersempena ulang tahun ke 15 ntv7, acara Feel Good Run 2013 dijangkakan bakal lebih meriah dan menyeronokkan. Tahun ini, ntv7 mengambil keputusan untuk mengekalkan slogan tahun lalu, ‘Do Good Feel Good yang pastinya memberi makna yang amat besar dan bermakna serta pemangkin semangat kepada para pesertanya nanti.

 “Kami ingin penonton benar-benar rasa lebih baik mengenai diri mereka dan dapat menghubungkan diri mereka dengan rancangan-rancangan dan acara-acara anjuran kami di ntv7. Acara seumpama larian amal Feel Good Run ini merupakan ruang terbaik untuk ntv7 turun padang bersama para penonton disamping memberikan mereka peluang untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

 “Memandangkan ini merupakan ulang tahun ke 15, pastinya ntv7 ingin meraikannya dengan penuh meriah. Tiada yang lebih baik selain berbakti semula kepada masyarakat dan menemui para penonton kami selain memberi galakan kepada mereka untuk turut beramal serta untuk memberi kesedaran mengenai hala tuju terbaru kami menerusi acara ini,” tambah Airin.

 “Bermula tahun ini, kami lebih banyak menumpukan pengisian kandungan yang menepati golongan profesional dan dewasa yang memiliki mentaliti dan citarasa urban atau ringkasannya golongan MUPAs yang bermakna Modern Urban Progressive Adults,” jelasnya lagi.

 Group Picture

Feel Good Run 2013 akan diadakan pada 7 Julai dan bermula seawal 6.00 pagi sehingga 10.30 pagi. Garisan permulaannya adalah di Sri Pentas, Bandar Utama manakala garisan penamat berakhir di Central Park, One Utama. Pelbagai aktiviti juga bakal diadakan di Central Park di mana kesemua peserta digalakkan untuk turut serta.

Sempena ulang tahun ke 15 ntv7, pihak penganjur mengambil keputusan menawarkan “kategori 15KM” pada tahun ini yang memberi peluang pesertanya untuk berlari untuk jarak yang lebih jauh berbanding sebelum ini. Peserta juga boleh memilih kategori pilihan mereka sendiri seperti:

1)         15KM Feel Good Run

Bagi usia 16 tahun dan ke atas

2)         7KM Feel Good Run

Bagi usia 13 tahun dan ke atas

3)         2.3KM Bananana! Run (untuk kanak-kanak)

Bagi usia 7-12 tahun sahaja

Bagi mereka yang berminat menyertainya, pendaftaran bakal dibuka bermula 1 April nanti sehingga 31 Mei 2013 atau sehingga maksimum 5,000 pelari didaftarkan. Mereka boleh melakuka pendaftaran menerusi dalam talian di www.ntv7.com.my/feelgoodrun, atau secara alternatifnya mendaftar secara manual di Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA) dan di Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd. Yuran pendaftaran adalah RM35 untuk 15KM, juga RM35 untuk 7KM dan RM15 bagi 2.3KM.

Tahun ini, Feel Good Run akan memudahkan peserta yang ingin mendaftar untuk bilangan jumlah yang lebih ramai dengan memperkenalkan “bulk registration” bagi mereka yang ingin mendaftarkan secara kumpulan terhad sehingga 10 individu bagi kategori 15KM atau 7KM. Bagi mereka yang ingin bertanya lebih lanjut tentang bagaimanakah anda boleh turut serta bolehlah menghantarkan emel mereka ke “Hooha! Asia” di enquiry@hooha.asia.

Terdapat juga pakej korporat eksklusif untuk menggalakkan organisasi-organisasi berminat menyertai acara Feel Good run dengan mencalonkan kakitangan mereka untuk berlari di dalam pasukan. Bayaran minima bagi pakej ini adalah RM1,000 bagi maksimum 15 orang pelari sepasukan. Syarikat-syarikat yang berminat boleh menghantarkan emel mereka ke feelgoodrun@ntv7.com.my.

Kit larian peserta akan disertakan kemeja-T, bib bermesej dan buku panduan. Peserta yang berjaya menamatkan larian mereka akan diberikan cenderahati sebagai momento dan sijil penyertaan di garisan penamat.

Sementara itu, stesen Saluran Ceria Anda juga akan memulakan inisiatif tanggungjawab korporat sosialnya pada keseluruhan bulan Mei dimana lawatan khas dan aktiviti yang sesuai akan dijalankan di lokasi penerima sumbangan tahun ini selaku benefisiari Feel Good Run 2013. Antara benefisiari bagi Feel Good Run 2013 adalah Hospis Malaysia, Malaysian Rare Disorders Society, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah (cadangan) dan SPCA. Kesemua sumbangan yang diterima melalui acara larian itu dan pakej korporat akan disalurkan sepenuhnya secara sama rata kepada empat benefisiari terpilih ini.

Tahun lalu, acara larian amal ini berjaya mengutip sejumlah RM142,800 dengan penyertaan lebih 5,000 peserta berdaftar dan lebih 80 orang selebriti yang turut serta menjayakan inisiatif murni ini yang juga merupakan acara larian terbesar yang diadakan di Bandar Utama. Senarai penuh selebriti yang terlibat pada tahun ini akan diberitahu kemudian. Bagi peserta yang berminat untuk berlari sambil memakai kostum menarik amat dialu-alukan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Feel Good Run 2013, sila layari www.ntv7.com.my/feelgoodrun atau ikuti akaun Facebook ntv7 (www.facebook.com/ntv7.feelgood) dan Twitter (www.twitter.com/ntv7). Bagi pengguna Twitter di seluruh negara, anda digalakkan menggunakan hashtags khas #ntv7fgr and #dogoodfeelgood untuk acara Feel Good Run 2013 ini.

Background on our beneficiaries:

Hospis Malaysia offers professional Palliative Care to patients who are suffering from life-limiting illness, and who live within Klang Valley, while the Malaysia Rare Disorders Society is set-up to represent and look out for the welfare of individuals including their families that are affected by rare disorders. A rare disorder is a medical condition that affects only a few people in the population and usually has genetic origins, like brittle bones disease. Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah was established to help accommodate children who have been abused and neglected. SPCA Selangor is a well-known, animal welfare organisation that aims to protect defenseless animals and to alleviate their suffering.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *