(SUKAN) LEBIH BANYAK AKSI SUKAN DARI FOX SPORTS DI ASTRO BERMULA DARI 15 OGOS INI

Spread the love

Where Sport Goes Boom_F1_Vertical Ad Template - edit

Kini para peminat sukan boleh menyaksikan lebih banyak program sukan di Astro dengan penyusunan semula portfolio saluran untuk rangkaian saluran FOX Sports bermula dari 15 Ogos 2014. Perubahan tersebut akan memperlihatkan penjenamaan semula rangkaian saluran sedia ada dari FOX Sports, STAR Sports dan FOX Sports Plus kepada FOX Sports, FOX Sports 2 dan FOX Sports 3 di platform televisyen Astro di mana setiap saluran akan memenuhi kehendak peminat sukan yang pelbagai. Where Sport Goes Boom_F1_Vertical Ad Template - edit

Butiran Rangkaian Saluran FOX Sports:

FOX Sports (HD Saluran 832/SD Saluran 812) – Saluran Perdana
Menampilkan acara-acara sukan utama, rangkaian sukan yang popular dan pelbagai sukan, perlawanan
dan perlumbaan penting akan dimuatkan dalam saluran perdana ini antaranya Barclays Premier League
(BPL), La Liga, UFC, pusingan suku akhir dan akhir Tennis Grand Slam serta perlumbaan-perlumbaan
utama F1.

Info: FOX Sports adalah sebahagian daripada Astro Sports Pack dan terdapat dalam definisi tinggi (HD)
dan definisi standard (SD).

FOX Sports 2 (Ch. 813) – Hit & Run
Saluran pilihan untuk acara-acara sukan yang melibatkan olahraga, bola dan raket antaranya Tennis
Grand Slams, Golf Majors, Liga Bolasepak Eropah dan Asia, Major League Baseball (MLB), Indian
Badminton League (IBL) dan International Amateur Athletics Federation (IAAF).
Info: FOX Sports 2 akan menggantikan saluran STAR Sports yang merupakan sebahagian daripada Astro
Sports Pack.

FOX Sports 3 (Ch. 818) – Feel the Rush
Saluran yang memuatkan acara-acara sukan bermotor, pertarungan kombat dan sukan ekstrem
antaranya F1, MotoGP, One FC dan Extreme Games Asia.
Info: FOX Sports 3 akan menggantikan saluran FOX Sports News yang merupakan sebahagian daripada
Astro Family Pack. Saluran FOX Sports News boleh didapati in Astro on the Go bermula dari 11 Ogos
2014.

Lee Choong Khay, Ketua Bahagian Sukan Astro berkata, “ Astro terus bekerjasama rapat dengan pihak FOX International Channels (FIC) untuk membawakan lebih banyak liputan acara sukan yang menarik dan menyeluruh khas untuk rakyat Malaysia. Mereka boleh menyaksikan aksi-aksi sukan ini melalui tiga saluran FOX Sports yang akan menampilkan siaran langsung pelbagai acara sukan di mana setiap saluran akan memfokuskan kepada acara sukan yang berbeza. FOX Sports akan menampilkan acara sukan, perlawanan dan perlumbaan utama. FOX Sports 2 pula membawakan sukan yang melibatkan olahraga, bola dan raket. Manakala fokus FOX Sports 3 adalah acara sukan bermotor, pertarungan kombat dan sukan ekstrem. Para peminat sukan boleh terus menonton FOX Sports News di Astro on the Go bermula dari 11 Ogos 2014.”

Joon Lee, Pengarah Urusan untuk Hong Kong dan Asia Tenggara, FOX International Channels berkata, “Dalam masa kurang daripada dua tahun sejak kami membawa jenama FOX Sports ke Asia, kami telah mengecapi kemajuan dalam meningkatkan produk menerusi kandungan yang lebih baik, boleh didapati dalam skrin pelbagai dan sebagainya. Kini kami bersedia untuk melangkah lebih jauh ke hadapan dan membawakan keterujaan, hiburan dan keseronokan menonton acara sukan di kalangan para penonton tradisional dan baru di Asia.”

Untuk maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 03-95493838.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *