(SUKAN) MALAYSIA TERSENARAI DALAM SIRI PERLUMBAAN ANTARABANGSA  P1 AQUAX

Spread the love

 aqxmy-media-launch-pic-3

Kuala Lumpur (18 Oktober 2016) – Siri perlumbaan kenderaan air (PWC) atau jetski paling pesat berkembang di dunia iaitu AquaX (disebut “Aqua Cross”) bakal melebarkan sayapnya ke Asia menerusi penganjuran edisi sulung di Malaysia pada 29 & 30 Oktober ini di Tasik Metropolitan Kepong.

AquaX merupakan satu siri perlumbaan jetski standard yang direka bagi mengurangkan jurang antara pelumba profesional dan pelumba rekreasi menerusi format yang lebih ringkas, berkos rendah dan mudah di akses. Ini seterusnya memberi ruang kepada semua pemilik kenderaan air peribadi (PWC) yang juga dikenali sebagai jetski mengetengahkan bakat mereka sekaligus mengembangkan sukan perlumbaan air ini ke seluruh lapisan masyarakat.

Perlumbaan sulung di Kepong itu nanti akan menjadi pembuka tirai kepada 2016 P1 AquaX Siri Malaysia dimana pusingan kedua akan diadakan di D’Island Residence Puchong pada 26 & 27 November diikuti perlumbaan kemuncak pada 10 & 11 Disember juga di Puchong.

James Durbin selaku Ketua Pegawai Eskekutif Powerboat P1 Management Ltd yang merupakan pemilik jenama antarabangsa P1 AquaX ini berkata, “Sejak pelancaran AquaX di UK pada 2011 diikuti penganjuran siri perlumbaan di Amerika Syarikat dua tahun berikutnya, serta di Eropah pada awal tahun ini, kami telah melihat peningkatan mendadak jumlah pelumba selain kualiti perlumbaan yang semakin meningkat. AquaX mempunyai penonton yang ramai di Asia Tenggara berdasarkan rating penyiaran dan respon di sosial media. Justeru, penganjuran acara ini di Malaysia adalah satu langkah strategik bagi menembusi pasaran di rantau ini dan kami yakin ia mampu meraih kejayaan seperti di UK, Amerika Syarikat dan Eropah.”

Sementara itu, Shafique Iqbal, Ketua Pegawai Eksekutif P1 Marine Motorsports (Malaysia) selaku pemegang hak komersial P1 AquaX di Malaysia berkata, “Di Malaysia, terdapat lebih kurang 30 hingga 50 pelumba jet ski yang terpaksa berlumba di luar negara kerana kekurangan perlumbaan kompetitif yang memenuhi standard antarabangsa di dalam negara. Kami percaya dengan adanya AquaX di Malaysia yang menawarkan format lebih ringkas lagi mencabar dan dikenali di seluruh dunia ini akan memberi ruang buat pelumba-pelumba jet ski tempatan berlumba di peringkat yang lebih tinggi. Malaysia sebenarnya memiliki jumlah pelumba yang ramai termasuk hampir 7000 pengguna jet ski secara rekreasi.”

Format perlumbaan AquaX dibahagikan kepada dua kategori iaitu Enduro dan Sprint dimana kedua-dua kategori tersebut dipecahkan lagi kepada kelas profesional dan amatur berdasarkan kepada kemahiran dan kepupayaan pelumba. Kedua dua kategori ini turut diklasifikasikan mengikut kuasa-kuasa jentera iaitu 300hp, 250hp dan 200hp.

Kategori Enduro menggunakan jetski yang lebih besar ditambah dengan sedikit modifikasi yang dibenarkan mengikut kelas masing-masing. Kesemua pelumba baik dari kelas profesional mahupun amatur akan berlumba dalam satu perlumbaan serentak. Jumlah kutipan mata kemudiannya akan menentukan pemenang bagi setiap kelas. Enduro adalah perlumbaan yang mencabar ketahanan mental dan fizikal selain memerlukan persiapan yang cukup rapi dimana pelumba perlu mengharungi trek pelumbaan selama 30 minit setiap saringan. 3 saringan perlu disempurnakan untuk memenangi perlumbaan. Peserta perlulah mempunyai kekuatan fizikal yang baik selain jetski yang dalam keadaan optimum.

Perlumbaan SPRINT melebihkan focus kepada jetski original dimana pelumba berdiri sepanjang perlumbaan. Trek perlumbaan untuk kategori sprint lebih kecil dan hanya berlangsung selama 10 minit.. Pelumba perlu memiliki kemahiran ketangkasan dan kepantasan untuk memenangi perlumbaan. Di bawah kategori Sprint, satu kelas baru telah diwujudkan iaitu Sprint Spark yang menyaksikan perlumbaan berlangsung selama 12 minit bertujuan menarik lebih ramai pelumba-pelumba baharu untuk jentera PWC jenis duduk. Perlumbaan kategori Sprint mempunyai jumlah keseluruhan 4 saringan.

Perlumbaan AquaX ini akan berlangsung selama dua hari dimana pelumba dengan mata tertinggi akan bergelar juara pada acara tersebut. Pelumba yang meraih mata tertinggi selepas ketiga-tiga pusingan di Malaysia ini akan dinobatkan sebagai juara 2016 P1 AquaX Siri Malaysia di kemuncak perlumbaan akhir di D’Island Residences, Puchong pada 10 dan 11 Disember nanti.

Untuk maklumat lanjut, layari www.p1aquax.com atau Facebook/P1Aquax.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *