(SUKAN) PERLAWANAN AMAL HARI MALAYSIA – Dugong All-Stars LWN Pilihan Harimau Malaysia

Wakil-wakil dari FAM, Astro Radio, Astro Arena dan selebriti (Black)KUALA LUMPUR, 1 September – Jika kita lihat, sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia yang akan berkumpul di gerai mamak mahupun restoran-restoran untuk menyaksikan perlawanan  bola sepak tidak kira dalam mahupun luar negara. Ternyata, sukan bola sepak merupakan sukan paling popular di dunia kerana ia diminati seluruh peringkat usia.

Wakil pasukan Pilihan Harimau Malaysia dan Dugong All StarsSempena sambutan Hari Malaysia 2016, rangkaian Astro Radio  dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah perlawanan persahabatan yang diberi nama Perlawanan Amal Hari Malaysia – Dugong All-Stars LWN  Pilihan Harimau Malaysia. Stesen ERA fm dan Astro Arena turut menjadi penyiar radio dan TV rasmi untuk perlawanan ini. Istimewanya perlawanan ini adalah, ianya bakal menghimpunkan keluarga dan rakan taulan untuk berhibur serta bersantai menyaksikan aksi para selebriti seperti pemain bola sepak negara serta penyampai-penyampai Astro Radio yang diwakili oleh stesen-stesen berlainan bahasa termasuklah hitz fm, MY FM dan THR Raaga.

Dugong All-Stars, yang diwakili oleh selebriti-selebriti negara seperti barisan penyampai ERA fm Johan dan Radin, Black, Tomok, Akim AF, Altimet, Achey Bocey, Zahid, Joe Flizzow dan ramai lagi artis akan bertembung dengan pasukan Pilihan Harimau Malaysia yang diketuai oleh Datuk Ong Kim Swee. Manakala, pasukan Pilihan Harimau Malaysia pula bakal menampilkan pemain-pemain yang akan dipilih oleh ketua pasukan tersebut.

Menurut Pengurus Kanan Kandungan ERA fm , Nazri Noran ,

“Memandangkan perlawanan bola sepak menjadi sebahagian hobi dan kegemaran rakyat Malaysia, ERA fm mengambil peluang untuk memilih topik ini sebagai kandungan harian yang boleh dihidangkan buat pendengar. Bersempena Hari Malaysia tahun ini, Perlawanan Amal Hari Malaysia – Dugong All-Star LWN Pilihan Harimau Malaysia diadakan bertujuan untuk menghimpun rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, umur, jantina mahupun status latar belakang social untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan persahabatan ini. Perlawanan ini juga bakal melihat penyampai-penyampai berlainan bangsa beraksi di gelanggang perlawanan bola sepak. Sukan sememangnya merupakan salah satu aspek yang menyatukan rakyat Malaysia, justeru perlawanan persahabatan berbentuk begini sememangnya dapat merapatkan lagi silaturahim kekeluargaan yang sama-sama turun memeriahkan pentas perlawanan pada hari tersebut.

Tambah Nazri Noran,

Kami juga gembira kerana mendapat sokongan FAM untuk melaksanakan perlawanan sebegini sempena meraikan sambutan Hari Malaysia 2016. Orang ramai dijemput hadir pada hari perlawanan bersama keluarga tersayang untuk memeriahkan lagi suasana. Mereka juga boleh menyaksikan pemain bola sepak negara dan para selebriti beraksi di pentas perlawanan. Kami percaya, gabungan mantap para selebriti yang datang dari dunia sukan dan hiburan akan memberikan sebuah impak yang sihat buat masyarakat Malaysia.

 Perlawanan persahabatan ini dijadualkan berlangsung pada tarikh keramat sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September (Jumaat)  bertempat di Stadium Paroi, Negeri Sembilan bermula jam 5 petang. Untuk kemasukan ke Perlawanan Amal Hari Malaysia – Dugong All-Star LWN Pilihan Harimau Malaysia, orang ramai boleh dapatkan tiket dengan harga RM 5 seminggu sebelum hari perlawanan di http://www.tickethotline.com.my. Kutipan tiket akan didermakan kepada badan kebajikan Malaysia Conversation Alliance for Tigers (MYCAT). Bagi golongan remaja dan kanak-kanak dibawah umur 17 tahun, kemasukan adalah percuma. Selain itu, pendengar ERA fm juga boleh dengar isyarat Skuad ERA untuk pemberian tiket secara percuma!

Pihak ERA fm mengucapkan jutaan terima kasih kepada Petron selaku penaja utama bagi perlawanan persahabatan ini. Perlawanan Amal Hari Malaysia – Dugong All-Star LWN Pilihan Harimau Malaysia ini juga boleh ditonton secara langsung melalui Astro On The Go (AOTG) dan siaran ulangan perlawanan di Saluran Arena (801) pada hari yang sama jam  11.30 malam. Dengarkan juga frekuensi ERA fm serta ikuti halaman media sosial ERA fm di Facebook, Instagram dan Twitter untuk ketahui maklumat lanjut mengenai perlawanan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *