(SUKAN) Perlawanan Bola Sepak Luar Biasa, 20 Ribu Penonton Banjiri Stadium Sempena ‘Perlawanan Amal Hari Malaysia’ – Pilihan Harimau Malaysia kalahkan Dugong All Stars (3-1),

acara-bergambar-selepas-penyampaian-hadiah-kepada-pemenang-untuk-kedua-dua-pasukanKUALA LUMPUR, 19 September 2016 – Sempena sambutan Hari Malaysia Jumaat lalu, Astro Radio dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menjayakan sebuah acara Perlawanan Amal Hari Malaysia yang menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan antara Pilihan Harimau Malaysia dengan Dugong All Stars. Acara yang bermula pada jam 5 petang itu, menyaksikan orang ramai mula beratur di pintu masuk stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan untuk menyakiskaan perlawanan antara Pilihan Harimau Malaysia dengan Dugong All Stars.
pasukan-pilihan-harimau-malaysiaPada awal sesi separuh masa pertama, kedua-dua pasukan masih belum dapat membolosi sebarangan jaringan gol. Kira-kira 20 ribu penonton telah membanjiri Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tidak kering gusi melihat telatah Johan, selaku kapten bagi kumpulan Dugong All Stars. Johan yang menjadi tunjang utama pasuka Dugong All Stars sentiasa membuatkan para penonton tidak kering gusi menyaksikan pelbagai kerenahnya yang setiasa tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil bertugas. Sehinggakan, satu keadaan di mana Johan berguling di atas padang pada detik kemenenangan pasukan lawan. Perlawanan Amal Hari Malaysia ini ternyata jauh luar biasa dari perlawanan bola sepak yang biasa ditonton oleh masyarakat Malaysia.

sebelum-perlawanan-bermulaPilihan Harimau Malaysia di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee membariskan bekas pemain kebangsaan antaranya Datuk Soh Chin Aun, Dollah Salleh, B. Sathianathan, Khalid Ali, Lim, Chan Yew, Mehmet Durakovic dan Annuar Abu Bakar. Pasukan Dugong All Stars yang dikendalikan bekas penyerang kebangsaan dan jurulatih Azman Adnan membariskan pemain dalam kalangan penyampai radio ERA fm, Johan, Hanif, Ray dan Radin serta artisartis tempatan seperti Black, Tomok, Akim AF, Zahid, Achey, Hazama dan ramai lagi. Dalam perlawanan itu, pasukan Pililian Harimau Malaysia menewaskan Dugong All Stars 31. Hasil jualan tiket perlawanan amal itu akan disumbangkan kepada Pakatan Pemuliharaan Harimau Malaysia (MYCAT) untuk meneruskan usahausaha pemuliharaan harimau di negara ini.

saat-kemenangan-dugong-all-stars-selepas-jaringan-gol-oleh-akim-afKata Nazri Noran, selaku Pengurus Kanan Kandungan ERA fm,
“Kami juga gembira kerana mendapat sokongan FAM untuk melaksanakan perlawanan sebegini sempena meraikan sambutan Hari Malaysia 2016. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang hadir bersama keluarga tersayang untuk menonton acara ini. Ini juga merupakan hadiah dari kami di ERA fm buat pendengar yang sentiasa menyokong stesen ERA fm. Kami percaya, apabila mereka dapat menyaksikan pemain bola sepak negara dan para selebriti beraksi di pentas perlawanan bola sepak secara lebih dekat, ianya membawa sejuta kenangan indah buat mereka. Ternyata, gabungan mantap para selebriti yang datang dari dunia sukan dan hiburan telah memberikan sebuah impak yang sihat buat masyarakat Malaysia. Sememangnya, acara ini juga bertujuan untuk menghimpun warga Malaysia tanpa mengira bangsa, umur, jantina mahupun status latar belakang sosial untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan persahabatan sebegini.”

himpunan-penonton-di-stadium-tuanku-abdul-rahman-paroiPerlawanan persahabatan telah dilaksanakan pada Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September (Jumaat) lalu, bertempat di Stadium Paroi, Negeri Sembilan bermula jam 5 petang. Stesen ERA fm dan Astro Arena turut menjadi penyiar radio dan TV rasmi untuk perlawanan ini. Pihak ERA fm mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja utama bagi perlawanan persahabatan ini. Perlawanan Amal Hari Malaysia – Dugong All-Star LWN Pilihan Harimau Malaysia ini telah pun ditonton secara langsung melalui Astro On The Go (AOTG) dan siaran ulangan perlawanan di Saluran Arena (801) pada hari yang sama jam 11.30 malam. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai ERA fm, dengarkan juga frekuensi ERA fm serta ikuti halaman media sosial ERA fm di Facebook, Instagram dan Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *