(SUKAN) Piala Negara – Negara Afrika 2013

image

 

DIBAWA SECARA EKSLUSIF KE KACA TV ANDA OLEH TV3 & TV9!

Pertama kali di stesen swasta siaran terestial, Piala Negara-Negara Afrika 2013 (Orange  Africa Cup Of Nations 2013) bakal disiarkan menerusi saluran TV3 dan TV9 bermula 19 Januari hingga 10 Februari ini. Mendapat hak istimewa sebagai penyiar TV, TV3 dan TV9 mencorakkan keistimewaan ini dengan membawa tema ‘Real Fans Real Football’ kepada peminat-peminat bola sepak tempatan. Menampilkan 16 buah negara terbaik benua Afrika dari jumlah 47 buah negara yang bertanding menerusi pusingan kelayakan.

afrika cup

*Kesemua waktu perlawanan adalah mengikut waktu Malaysia

Kesemua 16 buah negara dipisahkan kepada 4 kumpulan di mana Kumpulan A disertai oleh Afrika Selatan selaku tuan rumah, Angola, Maghribi dan Cape Verde, yang membuat kejutan ke atas Cameroon di pusingan kelayakan. Di Kumpulan B ialah juara 4 kali, Ghana, Mali, Niger dan Republik Demokratik Congo. Di Kumpulan C pula, juara bertahan, Zambia, Burkina Faso, Nigeria, yang kembali ke pentas Piala Negara-Negara Afrika selepas gagal layak pada tahun 2012 dan Ethiopiamanakala di Kumpulan D atau group of death menampilkan Ivory Coast, Tunisia, Algeria dan Togo.

Penonton khasnya peminat bola sepak berpeluang menyaksikan kelibat nama-nama besar sukan ini yang bermain di liga utama dunia seperti Didier Drogba, Yaya Toure (Ivory Coast), John Obi Mikel (Nigeria), Emmanuel Adebayor (Togo), Seydou Keita (Mali), Kevin Prince Boateng, Sulley Muntari (Ghana), Manucho (Angola), Abdelaziz Barrada (Maghribi), Sofiane Feghouli, Nadir Belhadj (Algeria) dan Youssef Msakni (Tunisia) bersama pasukan kebangsaan mereka sendiri.

Tahun lalu Zambia yang lebih sinonim dengan jolokkan The Copper Bullets telah menundukkan pasukan pilihan, Ivory Coast di perlawanan akhir menerusi penentuan penalti seterusnya menjulang trofi Piala Negara-Negara Afrika edisi ke-28. Malah, pemain terbaik kejohanan juga dinobatkan kepada ketua pasukan Zambia iaitu Christopher Katongo. Mampukah Herve Renard dan anak buahnya mengulangi kejayaan 2012? Yang pasti, pasukan lain juga sudah mula memberi tumpuan kepada Zambia terutama sekali Ivory Coast.

Perkembangan dan liputan terkini kejohanan ini boleh disaksikan menerusi program bual bicara sukan popular iaitu ‘Kaki Bola’ (setiap Ahad jam 6.00 petang) dan ‘Score Board’ (setiap Isnin jam 12.30 tengah malam). Selain itu, pelbagai kupasan dan sorotan tentang perkembangan Piala Negara-Negara Afrika 2013 akan dipaparkan melalui segmen khas di ‘Malaysia Hari Ini’ dan segmen sukan di ‘Buletin Utama’ setiap hari.

Ulangan aksi-aksi menarik  (highlights) akan menyusul di TV3 dan TV9 selama sejam bermula 10.00 hingga 11.00 pagi pada hari sama perlawanan. Pengacara yang tidak asing lagi iaitu Tabah Sazwan Othman dan Mas Kieran akan bersama pengulas sukan popular, Abu Bakar Atan untuk membincang dan menganalisis perlawanan sebelum dan selepas berlangsung menerusi ‘Grand Stand’.

Ikuti 20 perlawanan yang dibawa secara langsung dari lima lokasi iaitu Stadium Nasional (Johannesburg), Stadium Moses Mabhida (Durban), Stadium Nelson Mandela Bay (Port Elizabeth), Stadium Mbombela (Nelspruit), Stadium Royal Bafokeng (Rustenburg), hanya di TV3, TV9 dan Tonton!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>