(SUKAN) SIRI JELAJAH MALAYSIA SUPERLAWAK FC 2014 BAKAL MENERJAH KE SELURUH NEGARA

SUPER LAWAK FC 20X30 POSTER SIZE POSING X

Perjalanan SUPERLAWAK FC bermula pada tahun 2013 di mana mereka telah mengadakan beberapa sesi jelajah bolasepak  di seluruh negara.  Sambutan yang di terima dari para peminat SUPERLAWAK FC amat luarbiasa sekali. Lebih dari 100,000 peminat SUPERLAWAK FC telah datang untuk menyaksikan beberapa pertandingan bolasepak persahabatan di antara SUPERLAWAK FC  dengan  Pahang  FC, Astro Arena FC,  The Band FC, Veteran MPKU Kulai dan  UiTM Lecturers.

Sejajar dengan itu, Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Rumah Artis Management telah mengambil inisiatif untuk untuk menganjurkan Siri Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014.   Enam buah negeri telah dikenalpasti untuk siri jelajah tersebut bermula dari 27hb September 2014 sehingga 26hb Oktober 2014. Kali ini SUPERLAWAK FC bakal beraksi menentang bekas pemain bolasepak negeri-negeri yang terpilih dan juga selebriti tempatan.

SUPERLAWAK FC amat bertuah kerana mendapat sokongan dari Sinar FM sebagai radio rasmi dan Berita Harian sebagai surat khabar rasmi siri jelajah ini.  SUPERLAWAK FC juga amat bertuah kerana Admiral telah bersetuju untuk menjadi pakaian sukan rasmi untuk SUPERLAWAK FC.

Tiket masuk yang dikenakan hanya RM 10.00 seorang sahaja bagi orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Tiket akan mula di jual di perkarangan stadium bermula jam 12.00 tengahari. Amat berbaloi harga tiket ini kerana anda bakal memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan menerusi sesi cabutan bertuah.

Acara akan dimulakan dari jam 4.00 petang dan berakhir 12.00 tengah malam. Penonton tidak akan merasa bosan kerana mereka bakal dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis Sony Music dan juga berpeluang untuk beramah mesra dengan mereka.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai gerai jualan yang di sediakan di mana terdapat pelbagai jenis barangan yang menarik yang boleh di beli dengan harga yang berpatutan.

 

SIRI JELAJAH MALAYSIA SUPERLAWAK FC 2014

 

Tarikh                                                   Tempat                                                                 Negeri

27hb September 2014                       Stadium Hang Jebat                                           Melaka

28hb September 2014                       Stadium Pasir Gudang                                       Johor

12hb Oktober 2014                             Stadium Likas                                                      Sabah

18hb Oktober 2014                             Stadium Darul Aman , Alor Setar                     Kedah

19hb Oktober 2014                             Stadium Perak , Ipoh                                          Perak

26hb Oktober 2014                             Stadium Negeri, Kuching                                   Sarawak

 

 

SENARAI PEMAIN SUPERLAWAK FC 2014

 

  1. Dato’ AC Mizal
  2. Jep Sepahtu
  3. Shuib Sepahtu
  4. Rahim Sepahtu
  5. Fad Bocey
  6. Achey Bocey
  7. Ajak Shiro
  8. Johan Era Radio
  9. Emal School of Lawak
  10. Jali School Of Lawak
  11. Along Cham
  12. Atu Raja Lawak
  13. Akim AF
  14. Zainal Abidin Hassan ( Bekas Pemain Pahang)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *