(SUKAN) Stoner takluk Grand Prix Amerika Syarikat 2012

MONTEREY – Pelumba Australia, Casey Stoner meraih kemenangan kedua MotoGP musim ini apabila menakluk Grand Prix Amerika Syarikat di Laguna Seca, mengatasi Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa.

Stoner yang merupakan juara bertahan merakam catatan masa 43 minit, 45.961 saat, mengatasi Lorenzo dengan kelebihan 3.5 saat.

Pelumba kelahiran New South Wales itu pernah menang di litar yang sama ketika dia muncul juara dunia 2007 dan 2011.

Kejayaan yang diraih oleh Stoner hampir menyamai pencapaiannya tahun lalu, di mana Lorenzo mendahului perlumbaan sebelum dia memintas pelumba Sepanyol itu.

Lorenzo ternyata tidak dapat menghalang Stoner ketika perlumbaan memasuki pusingan ke-21.

Sementara itu, Pedrosa berada di tempat ketiga, kedudukan yang sama pada tahun lalu, tujuh saat ketinggalan di belakang juara.

Begitupun kedudukan keseluruhan kejuaraan dunia tidak berubah dengan Lorenzo kekal di tempat pertama dengan 205 mata, diikuti Pedrosa (182) dan Stoner (173).

Penunggang Itali, Andrea Dovizioso dari pasukan Yamaha di tempat keempat dengan 12 mata. – AFP

sumber berita : utusan malaysia

sumber gambar : 3news.co.nz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *