(SUKAN) Sukan SEA Vietnam 2021, Pengubat Rindu Aksi Sukan Negara :  Ikuti Liputan Sukan SEA Di Astro Arena 801 Dan Platform Digital Astro

Spread the love

Selepas tertangguh setahun yang lalu berikutan pandemic Covid 19, kini seluruh rakyat Malaysia pasti tertumpu kepada temasya sukan paling berprestij rantau Asia Tenggara, Sukan SEA 2021 yang dijadualkan berlangsung di Hanoi, Vietnam bermula 12 hingga 23 Mei 2022.

Sebanyak 15 acara sukan yang akan dibawakan dan liputan komprehensif setiap hari di saluran Astro Arena (Saluran 801), NJOI dan Astro GO seawal jam 9.00 pagi sehingga 1.00 pagi bermula 6 Mei 2022 menyaksikan acara bola sepak bakal membuka tirai kejohanan. Skuad bawah 22 (B-22) pula akan mengalas cabaran negara setelah diundi dalam kumpulan B dijadualkan bertemu Thailand untuk aksi pertama mereka pada 7 Mei 2022, 7.30malam.

Selain itu, acara yang bakal menyumbang kilauan pingat buat negara iaitu terjun dengan menawarkan 8 pingat emas. Kelibat dua penerjun terbaik negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri yang kembali bergandingan pasti mencuri tumpuan peminat pada temasya dwi tahunan kali ini. Antara acara sukan lain yang akan disiarkan seperti sepaktakraw, olahraga, pencak silat, badminton dan gimnastik.

Sementara itu, Nadi Arena akan membawakan berita terkini perkembangan atlit negara melalui wartawan-wartawan yang berada di lokasi pertandingan, selain beberapa program khas seperti analisis, konklusi serta aksi sukan terbaik harian akan disajikan sepanjang temasya sehingga majlis penutupannya pada 23 Mei, 8.00 malam. Kali ini juga menyaksikan lebih ramai tetamu undangan yang akan dijemput termasuk atlet serta bekas atlet negara yang akan menyerikan pra rancangan dengan berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka.

Ketua Perniagaan Sukan Astro, Nicholas John berkata, seluruh rakyat Malaysia pasti merindui aksi atlet negara dan suasana kejohanan bertaraf temasya selepas Olimpik dan Paralimpik Tokyo, 2020 yang lalu.

“Jika dibandingkan dengan temasya antarabangsa yang lain, Malaysia akan menghantar kontinjen besar di Sukan SEA dan kami peka dengan semangat rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti dan memberi sokongan kepada atlet negara yang beraksi di persada dunia. Pada liputan Sukan SEA, Filipina 2019 yang lalu, kami mencatat tontonan sebanyak 7 juta penonton di Astro Arena sementara rekod tontonan digital yang dicatat pula sebanyak 16 juta di saluran YouTube. Seluruh rakyat Malaysia boleh meenyatakan sokongan kepada wira-wira negara dengan menyertai kempen hastag #SemarakJuara dan #SokongMalaysia,” katanya.

Anda juga boleh mendapatkan informasi terkini mengenai pencapaian atlit negara di laman sosial Astro Arena.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *