(SUKAN) TV3 raih 6.9juta penonton menerusi siaran langsung Piala Malaysia 2016

Spread the love

 pentas-kita-juara-8

Petaling Jaya, 4 November 2016 – Siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 di antara Kedah dan Selangor yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 30 Oktober lalu sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tanah air. Perlawanan bersejarah ini telah disiarkan menerusi stesen Nombor 1 Negara, TV3, dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton di rumah dan juga di stadium.

pentas-kita-juara-1-tileMengikut sumber Nielsen Media Research, perlawanan sengit antara Kedah dan Selangor ini berjaya mencapai (reach) 6.9 juta atau 43% syer penonton. Perlawanan yang berakhir dengan kemenangan Kedah ini turut mendapat sambutan menerusi portal online Nombor 1 Malaysia, tonton, apabila berjaya meraih 150, 000 penonton menerusi laman tonton.

Kehangatan Piala Malaysia 2016 ini turut disemarakkan lagi dengan Pentas Kita Juara anjuran TV3 & TV9 di pekarangan Stadium Shah Alam yang bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang. Sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada ribuan pengunjung terutamanya penyokong-penyokong tegar Kedah dan Selangor.

Antara aktiviti yang  mendapat perhatian daripada para remaja adalah Street Soccer 3 lawan 3 #KitaJuara, street soccer selebriti, juara timbang, pertandingan freestyle Kita Juara dan juara 1 Lawan 1, perlawanan bola sepak kain pelikat, dizzy soccer challenge dan ultras chanting.

Lebih mengujakan apabila salah seorang daripada peserta juara timbang telah berjaya memecahkan rekod  dengan melakukan timbangan sebanyak 10,009 iaitu Muhammad Ariff Bin Abd Karim. Beliau juga merupakan salah seorang pemenang pertandingan freestyle Kita Juara.

Para pengunjung juga turut berpeluang bertemu dan bergambar bersama selebriti sukan yang juga bekas kapten dan pemain bola sepak Malaysia Akmal Rizal, pelawak Faiz Tapaw, pengacara sukan seperti Alyssa, Anim Ezati, Aina Suzaily, Jasmine Chin, penyanyi lagu tema Kita Juara dari kumpulan SOG, Nadzmi Adhwa (hos Jalan Jalan Makan Angin) dan Luqman Hafidz (pelakon Mr Tanda Soal) .

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my, www.tv9.com.my dan www.tonton.com.my. Ikuti juga informasi terbaharu di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube @TV3Malaysia, @TV9Malaysia @tontonMY.

Hangatkan perbualan sukan tanahair kita di laman sosial dengan menggunakan hashtag Kita Juara (#KitaJuara).

Pentas Kita Juara, hanya juara di sini!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *