Tag: Activ Jam

(SUKAN) Activ Jam Senam Aerobik KPM-MILO® nobat  juara kebangsaan tahun kedua

Kuala Lumpur, 22 September 2019: MILO® Aktif Negaraku dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membawa kembali Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik Kebangsaan untuk tahun kedua dengan tujuan memberikan pengiktirafan kepada pasukan senam aerobik terbaik di negara ini. Pertandingan tersebut terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dalam dua kategori. Kategori Sekolah melibatkan 10 pasukan yang dipilih menerusi pencarian bakat di seluruh negara, manakala 16 pasukan yang mewakili Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing bersaing di bawah Kategori Muhibbah pada peringkat akhir yang berlangsung selama dua hari. Read more →