Tag: AFF 2012

(SUKAN) Harimau Malaya Seri Lagi ….

Harimau Malaya sekali lagi menerima kejutan besar apabila diikat 1-1 oleh Bangladesh dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. Walaupun pasukan Bangladesh bermain dengan 10 orang pemain, pasukan bimbingan Datuk K. Rajagopal ini gagal menyerap serangan balas pada saat saat akhir yang menyebabkan keputusan seri buat kali kedua selepas perlawanan dengan Hong Kong tempoh hari. Anak buah Datuk K. Rajagobal yang bakal mempertahankan Piala Suzuki AFF mulai Ahad ini, mendahului Bangladesh menerusi tandukan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-22 hasil satu sepakan sudut tetapi dipadamkan oleh pasukan pelawat apabila pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan selepas beroleh sepakan penalti yang disudahkan oleh Jahid Hasan pada minit ke-82 akibat kelonggaran barisan pertahanan Harimau Malaya. Read more →