Tag: Ahad

(HIBURAN) Once Upon A Time – Episod 7

Once Upon A Time, Ahad, 9 Disember, 9.30 malam

Rancangan drama bersiri Hollywood , ntv7 – Once Upon A Time – kini semakin mendapat sambutan ramai penonton Malaysia. Dengan jalan cerita yang menarik dan unik, Once Upon A Time membawakan kelainan daripada kisah dongeng biasa yang pernah anda dengari selama ini. Siapa menyangka Puteri Snow White (Ginnifer Goodwin) menjadi seorang guru di dunia biasa dan siapa pula menyangka pari-pari yang sepatutnya membantu si jelita Cinderella dibunuh Rumplestiltskin (Robert Carlyle) sebelum sempat dihadiahkan sepasang kasut gelas bertumit tinggi. Read more →