Tag: album

(HIBURAN) Siaran Media : Album Kompilasi – SOHAIMI MIOR HASSAN 1

mior

SOHAIMI MIOR HASSAN merupakan anak jati negeri Perak yang mula merakamkan album pertamanya pada 1982 bertajuk “Prolog” yang menampilkan lagu ‘EPILOG CINTA DARI BROMLEY’ sebagai “killer song”. Lagu tersebut masih bertahan dan terus diminati sehingga sekarang. Lagu-lagu Sohaimi kebanyakannya dicipta sendiri. Selain dari mempunyai suara jantan sehingga digelar “Broery Marantika Malaysia”, beliau juga mempunyai kebolehan mencipta lagu yang hebat dan lirik yang puitis. Read more →

(HIBURAN) Siaran Media : Album Kompilasi – ZAMANI SLAM SHAMRIN FOTOGRAF

zamani

ZAMANI SLAM DAN SHAMRIN FOTOGRAF KINI MUNCUL DENGAN ALBUM KOMPILASI YANG MEMUATKAN LAGU-LAGU BERHANTU MEREKA YANG POPULAR SEJAK ERA 80-AN DAN 90-AN SEHINGGA KINI.ZAMANI SLAM SHAMRIN FOTOGRAF

Zamani dan Shamrin merupakan vokalis bagi kumpulan yang cukup terkenal iaitu Slam dan juga Fotograf yang sering menjadi sebutan pada era 1980-an dan 1990-an sebelum mereka menempa nama sebagai penyanyi solo. Kehebatan mereka dianggap seiring dengan Amy Search dan Awie Wings yang mempunyai imej dan suara yang tersendiri. Sehingga kini Zamani dan Shamrin mempunyai peminat yang masih setia dengan lagu-lagu mereka. Album kompilasi ini telah memuatkan lagu-lagu berhantu seperti Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Maria Mariana, Nafas kasih, dan Di Alam Fana Cinta yang sehingga kini masih menjadi siulan orang ramai. Read more →

(HIBURAN) Siaran Media : Album Kompilasi Butterfingers – Kronologikal

image005

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan BUTTERFINGERS yang dahulunya popular dengan lagu-lagu mereka yang bergenrekan grunge. Sekumpulan pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah secara rasmi menubuhkan BUTTERFINGERS pada akhir tahun 1993 yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Loque (penulis lagu, pemain gitar), Emmet (vokalis, pemain gitar, dan penulis lirik), Kadak (pemain bass) dan Kalai (pemain drum). Mereka mula mencipta lagu-lagu mereka sendiri dengan harapan untuk menempah nama di persada muzik tanah air. BUTTERFINGERS kemudian dilihat mudah menjinakkan muzik di dalam diri kerana sering dijemput untuk beberapa persembahan kecil dan gig sehingga membuatkan kebanyakkan tiket persembahan mereka habis dijual dan sehingga kini mereka digelar sebagai ‘the stuff of underground legends’ oleh peminat-peminat tanah air. Read more →

(HIBURAN) Album Terbaru ” Bruno Mars ” .. Jukebox Ortodoks

Selepas album “Doo-wops & Hooligans”,  Bruno Mars kembali lagi dengan album baru “Jukebox Ortodoks”. Single pertama Jukebox Ortodoks, “Locked Out Of Heaven” bakal membawa kembali ingatan peminat terhadap penyanyi ini. Bruno Mars juga cuba memberi kelainan dengan memuatkan satu lagu yang berentak ala-ala reggae iaitu “ Show Me”. Antara lagu yang menjadi minat kepada penulis adalah “ Young Girls “, “If I knew”  dan paling menusuk di telinga adalah lagu “ Natalie”. Kepada mereke yang meminati lagu yang berirama  balada “ MoonShine” dan “When I Was Your Man” adalah lagu yang sesuai untuk peminat-peminat Bruno Mars.  Tindakan berani penyanyi kelahiran Hawaii ini mempelbagaikan rentak lagu-lagu bakal meletakan penyanyi yang berusia 27 tahun ini dilandasan terbaik untuk menawan hati peminat seluruh dunia. Read more →

(HIBURAN) Pelancaran Album Kompilasi Kumpulan UNGU “TIMELESS”

28 November 2012 – Kumpulan UNGU membuat kemunculan di Kuala Lumpur sempena siri konsert jelajah untuk mempromosikan album kompilasi terbaru mereka “Timelesss”.  Album yang memuatkan 14 buah lagu kumpulan UNGU ini merupakan pilihan-pilihan peminat kumpulan UNGU yang lebih dikenali sebagai CLIQUERS yang dikompilasikan bersama dengan 4 lagu baru. Read more →