Tag: ANUGERAH JUARA LAGU 32

(HIBURAN) 12 LAGU MARA KE ANUGERAH JUARA LAGU 32

PETALING JAYA, 13 NOVEMBER 2017 – Selepas bersaing selama tiga minggu di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM32) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 29 Oktober, 5 dan 12 November, 12 lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL 32). 12 lagu yang terpilih dinilai sepenuhnya oleh para juri professional yang diketuai oleh Dato Mokhzani Ismail, selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan juga Pak Ngah. Keputusan telah diumumkan oleh hos SFMM 32 iaitu Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad malam tadi. Read more →